Blueprint Ekonomi WRVC
Sistem Ekonomi Yang Berteraskan Kasih Sayang
serta manusia itu sebagai aset utama.
Membebaskan diri dari penyakit cinta dunia,
Menghubungkan hati dengan penuh cinta dan rindu pada Allah dan Rasul automatik kasih sayang sesama manusia akan terwujud sekalipun dari berbilang bangsa dan ugama.
Malaysia atas nama Islam bukan sahaja umat Islam menjadi kuat bahkan dapat menaungi penganut ugama-ugama lain sebagaimana yang telah berlaku pada kebangkitan Islam kali pertama.
asalamualikum......salam ukhwah. kita bersahabat dan membantu jemaah. mari kita berbincang , berkenalan dan membantu...
Posted by Anakyatim-kerja Amal Pertubuhan on 16hb Disember 2015
سُوۡرَةُ البَلَد
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
لَآ أُقۡسِمُ بِہَـٰذَا ٱلۡبَلَدِ (١) وَأَنتَ حِلُّۢ بِہَـٰذَا ٱلۡبَلَدِ (٢) وَوَالِدٍ۬ وَمَا وَلَدَ (٣) لَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ فِى كَبَدٍ (٤) أَيَحۡسَبُ أَن لَّن يَقۡدِرَ عَلَيۡهِ أَحَدٌ۬ (٥) يَقُولُ أَهۡلَكۡتُ مَالاً۬ لُّبَدًا (٦) أَيَحۡسَبُ أَن لَّمۡ يَرَهُ ۥۤ أَحَدٌ (٧) أَلَمۡ نَجۡعَل لَّهُ ۥ عَيۡنَيۡنِ (٨) وَلِسَانً۬ا وَشَفَتَيۡنِ (٩) وَهَدَيۡنَـٰهُ ٱلنَّجۡدَيۡنِ (١٠) فَلَا ٱقۡتَحَمَ ٱلۡعَقَبَةَ (١١) وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا ٱلۡعَقَبَةُ (١٢) فَكُّ رَقَبَةٍ (١٣) أَوۡ إِطۡعَـٰمٌ۬ فِى يَوۡمٍ۬ ذِى مَسۡغَبَةٍ۬ (١٤) يَتِيمً۬ا ذَا مَقۡرَبَةٍ (١٥) أَوۡ مِسۡكِينً۬ا ذَا مَتۡرَبَةٍ۬ (١٦) ثُمَّ كَانَ مِنَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡمَرۡحَمَةِ (١٧) أُوْلَـٰٓٮِٕكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡمَيۡمَنَةِ (١٨) وَٱلَّذِينَ كَفَرُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا هُمۡ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡمَشۡـَٔمَةِ (١٩) عَلَيۡہِمۡ نَارٌ۬ مُّؤۡصَدَةُۢ (٢٠)
Surah Al-Balad
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Aku bersumpah dengan negeri (Mekah) ini; (1) Sedang engkau (wahai Muhammad) tinggal di negeri ini (sentiasa ditindas), (2) Demi manusia yang melahirkan zuriat dan zuriat yang dilahirkannya; (3) Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya); (4) Patutkah manusia yang demikian keadaannya (terpedaya dengan kekuasaan yang ada padanya dan) menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang dapat mengatasi kekuasaannya (dan menyeksakannya)? (5) Manusia yang demikian keadaannya (tidaklah patut dia bermegah-megah dengan kekayaannya dan) berkata: Aku telah habiskan harta benda yang banyak (dalam usaha menegakkan nama dan bangsa). (6) Adakah dia menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang melihatnya (dan mengetahui tujuannya menghabiskan harta bendanya itu)? (7)(Mengapa manusia terpedaya dan bermegah-megah?) Tidakkah Kami telah menjadikan baginya: Dua mata (untuk dia memerhatikan kekuasaan dan kekayaan Kami?) (8) Dan lidah serta dua bibir (untuk dia menyempurnakan sebahagian besar dari hajat-hajatnya)? (9) Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)? (10) Dalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh masuk mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan; (11) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: Apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu? (12) (Di antara amal-amal itu bagi orang yang mampu) ialah: Memerdekakan hamba abdi; (13) Atau memberi makan pada hari kelaparan. (14) Kepada anak yatim dari kaum kerabat, (15) Atau kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah. (16) Selain dari (tidak mengerjakan amal-amal) itu, dia (tidak pula) menjadi dari orang-orang yang beriman dan berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih sayang. (17)(Ketahuilah! Bahawa orang-orang yang beriman serta berusaha mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan), merekalah golongan pihak kanan (yang akan beroleh Syurga). (18) Dan (sebaliknya) orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah golongan pihak kiri. (19) Mereka ditimpakan (azab seksa) Neraka yang ditutup rapat (supaya kuat bakarannya). / (20)
Bukan Pejuang Agama Bangsa Dan Negara
Tiada siapa yang boleh mengaku ban negaraahawa dialah orang yang
paling cinta dengan agama, bangsa dan negara
Pengakuaan sahaja tidak cukup bukti
Kerana yang mengaku itu lidah, lidah tidak bertulang dia boleh bercakap sesuka hati
apa yang hendak dicakapkannya
Hati siapa tahu!
Kemahuan hati yang punya diri sahaja yang tahu, orang lain mana tahu
Kejahatan hati yang telah dirosakkan oleh nafsu, takkan lidah hendak memberitahu
Siapa mahu membuka tembelangnya sendiri
Adakalanya lidahlah yang berusaha menutup-nutup kejahatan hati
Bercakap untuk yang muluk-muluk sahaja untuk menutup kejahatan hati
agar orang percaya dan simpati
Ertinya lidah tidak boleh dipercayai selagi tidak ada bukti
Orang yang cinta agama, bangsa dan negara ini manusia luar biasa
Orang yang berjiwa besar dan ada cita-cita dari didikan dari kecil lagi
kasihkan ketiga-tiganya baru ada
Kalau tiba-tiba secara mendadak sahaja cinta agama, bangsa dan negara
tidak munasabah adanya
Ia berlaku segalanya adalah hasil didikan dari kecil baru ada cita-cita setelah dewasa
Kalau bukan hasil didikan biasanya cita-cita manusia ialah makan minum, kahwin,
rumah tangga, pakaian, senang, kaya, selesa
Apa yang telah disebutkan tadi tidak payah bersekolah
ia adalah fitrah semulajadi setiap manusia
Berjiwa besar dan bercita-cita besar mestilah hasil didikan dari kecil lagi
Kalau bukan hasil didikan, berkelulusan tinggi pun dan ada berjawatan tinggi pun
cita-cita besar ini tidak mungkin ada
Kerana itulah kalau orang yang berjuang itu bukan hasil didikan dari kecil
agama, bangsa dan negara itu akan diperjudikan untuk tujuan peribadi
Walau pun slogannya,
Mari kita berjuang untuk agama, bangsa dan negara
Bukankah orang yang berjuang katanya untuk bangsa, semakin kaya?!
Apatah lagi kalau ada jawatan di dalam negara, hidup mewah jadi budaya menjolok mata
Ada juga hasil berjuang jadi korporat, dapat kemudahan dari negara lagilah kaya
Setelah jadi korporat besar atau jutawan, jika negara susah mana dibantunya
padahal dia kaya dari bantuan negara
Bukan sahaja tidak membantu negara, hendak keluarkan cukai pun amat payahnya
Orang yang ada cita-cita agama, bangsa dan negara sanggup susah dan menderita
Biar agama, bangsa dan negara mulia dan megah dia terhina tidak mengapa
Kerana agama, bangsa dan negara seseorang itu sanggup susah
Apa yang berlaku sekarang orang yang berlagak konon cintakan agama, bangsa
dan negara itulah yang ramai
Kalau dilihat peribadinya sangat memalukan
Akhlaknya tidak menggambarkan cintakan agama, ibadah pun cuai, pemurah tiada
Hendak dikatakan cintakan bangsa, peribadi kaya, bangsa menderita
Hendak dikatakan cintakan negara, harta negara menjadi rebutan,
hingga bermusuh sesama seperjuangan
Kekayaan dan aset negara disalah guna, rasuah menjadi budaya
Oleh itu bercakap, berslogan, berjanji, mengaku sahaja tidak boleh dipegang
Kita mahu lihat buktinya pada sikap dan perbuatan,
bukan pada slogan dan percakapannya



No comments:
Post a Comment