Monday, 14 December 2015

Jati Diri Melayu : Impian Besar Anda Bersama World Royal VIP Community


“Ketika engkau terhimpit dan terlilit oleh pelbagai masaalah kehidupan, sesungguhnya, yang dapat membuatmu bertahan adalah harapanmu, dan sebaliknya, yang akan membuatmu kalah atau bahkan mematikan daya dan energi hidupmu, adalah 
saat di mana engkau kehilangan harapan. 


Maka, ketika engkau berdoa kepada Allah SWT, sesungguhnya engkau sedang mendekati sumber dari semua kekuatan, dan apa yang segera terbangun dalam jiwamu adalah harapan. Harapan itulah yang kelak akan membangunkan kemauan yang tertidur dalam dirimu. 

Jika kemauanmu menguat menjadi azam (tekad), itulah saatnya engkau melihat 
gelombang tenaga jiwa yang dahsyat. Gelombang yang akan memberimu daya 
dan Tenaga kehidupan serta menggerakkan segenap ragamu untuk bertindak. 
Dan, apa yang engkau impikan saat itu hanyalah : mempertemukan 
kehendakmu dengan kehendak Allah melalui doa dan tawakal.”




Berani Berubah : Aku Tuntut Hak Kelahiranku

Cabaran dan Ujian dalam kehidupan yang lalu sebagai Anak Kunci Untuk Membuka Pintu Syurga.

Tuhan yang Maha Baik tidak membiarkan roh kita berasa selesa tanpa digugat dan diuji. Dalam surah Al-Baqarah ayat 155, Allah berfirman:

وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.

SESEORANG atau sesuatu bangsa yang kuat itu, tunjangnya ialah pada kekuatan jiwa di samping kekuatan mental dan kekuatan fizikal. Tanpa kekuatan jiwa, seseorang yang fizikal dan mentalnya kuat akan mudah lemah oleh kesusahan atau cabaran hidup. Pernah seorang pensyarah muda yang sasa bunuh diri kerana kecewa dalam hidup. Seorang penyanyi terkenal yang selalu menghiburkan orang juga bunuh diri kerana tidak tahan menghadapi kesusahan hidup. Itulah bukti bahawa kekuatan jiwa adalah kekuatan asas yang utama bagi manusia. Tanpanya manusia akan jadi selemah-lemah makhluk hingga sanggup membunuh diri sendiri.Jiwa yang kuat itu adalah jiwa yang beriman. Dengan iman,jiwa akan memiliki sifat-sifat sabar, redha, tawakkal, berani, tidak putus asa, tidak kecewa dan lain-lain lagi. Dengan sifat-sifat itulah jiwa atau hati atau roh itu menjadi kuat. Tahan menghadapi cabaran dan ujian.
Dengan jiwa yang kuat saja sesuatu bangsa boleh tampil sebagai bangsa yang berjaya dan maju

Berikut ialah petikan PERJUANGAN BELUM SELESAI yang di sampaikan oleh Tun Mahathir

Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan

buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Sajak :
AKU TUNTUT HAK KELAHIRANKU DI SAMPAIKAN OLEH AMIR HASSAN PADA 31.8.2006 DI HOTEL DIAMOND PUTERI, KELANTAN.


Video Jasamu Di Kenang pada tahun 2006

No comments:

Post a Comment