#1 Berita terkini berhubung isu RM2.6 billion..
Basically Deputy Transport Minister Abdul Aziz Kaprawi has just admitted that Umno committed treason.
If their president accepted huge sums of money from the Arab royal family to help them to win the general election, doesn't that make their president, who is also Malaysian PM, obligated to the Arab royal family.
Why would the Arab royal family want to help Umno if they have nothing to gain?
If it is not corruption, then he should be trial for treason. The hole just gets bigger and bigger every time they tried to explain the RM2.6 billion ‘donation’.
Akhbar British itu, dalam laporan oleh wartawan Con Coughlin, berkata banyak negara Arab yang pro-Barat seperti Jordan, Maghribi dan Mesir, sebelum ini merupakan penerima sumbangan Arab Saudi ketika mereka berusaha untuk membendung pengaruh fahaman ekstremisme.
#3 Wahhabist Assault on Christians in Malaysia
Wayne MADSEN | 30.01.2016 | 00:00
Saudi Arabia, which has fueled Islamist jihadism through its total support for the Islamic State in Syria and Iraq, while in league with its allies Turkey and Israel, has also threatened the stability of a country far to its east.
Saudi Arabia, which exports its radical Wahhabist form of Islam around the world, has set its sights on Malaysia, which it would like to see become a sharia law Islamist state in the mold of the neighboring Sultanate of Brunei. The Saudi government is ruled by one of the most radical Wahhabist leaders it has experienced in several decades, King Salman bin Abdulaziz al Saud. However, it is widely known that the elderly Salman suffers from dementia and that the government is actually firmly in the hands of the king’s nephew, Crown Prince Mohammed bin Nayef al Saud. The Crown Prince, who is also Interior Minister and directs the Saudi intelligence service, plays a key role in providing money, jihadist recruits, and weapons to the Islamic State and its affiliate terrorist groups in Syria, Iraq, Yemen, Somalia, and Libya.
Recently, it was announced by Malaysia’s Attorney General that the Prime Minister of Malaysia, Najib Razak, received $680 million from the coffers of the Saudi royal family. The Attorney General, Mohamed Apandi Ali, a Muslim like Razak, claimed that the prime minister did nothing wrong in accepting what amounted to a Saudi bribe. Razak’s totally-corrupt government is attempting to shut down probes into its finances by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC). Since independence, Malaysia has been governed by the Muslim-dominated United Malays National Organization (UMNO). However, unlike past UMNO governments, the Razak administration has altered the policy of fostering interfaith harmony between Muslims, Christians, Buddhists, and Hindus in the Malaysian federation.
PETIKAN2 BERITA DI ATAS ADALAH REALITI MASA KINI BERHUBUNG ISU TERSEBUT. UNTUK MENDAPAT GAMBARAN YANG LEBIH BESAR DI MASA DEPAN, MAKA BERIKUT BERSAMA-SAMA KITA TINJAU SEJARAH LAMPAU DALAM SKOP YANG LEBIH BESAR MEMPERINGATI DAN MENJADI
PEDOMAN UNTUK SEMUA
ASAL USUL WAHABI.
Yahudi sememangnya sangat diketahui dengan perangai jahatnya, memecahbelahkan manusia; dengan mebuat fahaman-fahaman yang merosakkan akidah umat Islam mahupun yang bukan Islam. Mereka mencatur dan mengatur umat Islam sesuka hati, membuatkan umat Islam terputus hubungan dengan Nabi mereka S.A.W. British, salah satu cabang atau didikan yahudi, adalah pembohong dan penipu besar. Konsep devide and rule adalah trademark mereka. Seperti yang dilakukan di Kepulauan Tanah Melayu, anak-anak yahudi ini berpakat sesama mereka dan menjajah dan memerintah di kawasan jajahan mereka. Tujuan yang sebenar adalah hendak menutup atau menyekat kemaraan Islam yang ketika itu pesat berkembang. Di Timur Tengah juga tidak terkecuali. Yahudi melalui anak-anaknya ini berperanan dengan cukup licik. Untuk merampas Haramain dari Empayar Usmaniah, memakan masa 300 tahun, pelbagai cara sudah mereka gunakan. Ahlul Bait dibunuh dan dihalau, diseksa sesuka hati; begitu sekali dendam kepada Rasulullah S.A.W. Yahudi melahirkan ajaran atau fahaman atau mazhab yang sesat, seperti Bahai, Syiah, dan Wahabi. Dalam ajaran-ajaran rekaan yahudi ini pun ada cabang-cabangnya lagi. Wahabi adalah rekaan ciptaan yahudi di Bumi Hijaz, yang kini namanya adalah Saudi. Hasil ajaran wahabi melahirkan umat Islam yang jumud, keras, kasar, dan biadab terhadap agama, lebih-lebih lagi terhadap Rasul. Ketika wahabi melalui kerajaan Bani Saud mendapatkan Haramain, ramai Ahli Sunnah yang telah dibunuh oleh mereka. Menurut cerita kawan Abuya, Syeikh Dr. Abdul Salam Al-Harras, ketika peristiwa itu berlaku, usianya baru 10 tahun. Dia dibawa lari oleh ayahnya. Katanya, mereka terpaksa melalui celahan mayat-mayat yang bergelimpangan, yang kebanyakan mereka adalah Ahlul Bait! Antara yang terkorban ialah Mufti Mekah ketika itu, Syeikh Abdullah Az-Zawawi. Wahabi menuduh umat Islam, khususnya Ahli Sunnah, sebagai sesat, bidaah, kafir, musyrik, dan diperangi serta dibunuh. Bagi kerajaan Saudi, negara Maghribi adalah negara taghut (sesat) kerana mengamalkan amalan khurafat; sedangkan di Maghribi terdapat banyak tariqat dan zawiyah yang masih menjaga nilai murni Islam. Begitulah wahabi, orang lain sesat dia sahaja yang betul, sedangkan mereka menghancurkan makam-makam para sahabat di Bumi Hijaz ini. Di belakang mereka adalah yahudi, yang membekalkan senjata kepada kerajaan wahabi ini. Diceritakan lagi oleh ahli-ahli madinah kepada kami di sini, ketika Bani Saud mengganas di Madinah, beberapa tahun jalan-jalan di Madinah seperti sungai berdarah, betapa ramainya umat Islam yang dibunuh! Sayyid Ahmad Dahlan, Mufti Kerajaan Usmaniah terakhir di Mekah, dalam kitab-kitabnya banyak menulis tentang kejahatan wahabi. Antara kitab-kitabnya, Fitnah Wahabiah, Daulah Usmaniah, dan Khulasah Kalam. Dia adalah saksi yang mencatat kejahatan wahabi dan Bani Saud merampas Kota Suci umat Islam ini. Terdapat juga kitab yang membongkar kejahatan yahudi melalui wahabi ini oleh Habib Munzir Al-Musawa, Sejarah Wahabi. Nama Wahabi ini diambil dari nama pengasasnya, Muhammad bin Abdul Wahab yang lahir di Najad tahun 1111 H / 1699 M. Dia sememangnya telah rosak pemikirannya sejak kecil lagi, bukan oleh siapa-siapa tetapi kerana banyak mengakal-akalkan agama Islam. Hingga dia ditentang oleh bapanya dan keluarganya sendiri, kerana banyak pertikaikan hal-hal beragama, terutamanya dalam soal yang berkaitan nabi S.A.W. Dia dilahirkan dalam keluarga Sunni bermazhab Hanbali. Ayahnya adalah seorang Syeikh Sunni, iaitu Syeikh Abdul Wahab Attamimi. Abangnya juga adalah ulama besar dalam mazhab Hanbali. Namun itu tidak cukup kuat untuk menyelamatkan dia daripada kesesatan. Dia banyak pertikaikan hal-hal bertawasul, sambutan Maulid Nabi, tahlil, berdoa, menziarahi kubur, dan banyak lagi. Ini dapat disedari keluarganya dan kawan-kawannya, hinggakan bapanya meminta agar anaknya dijauhi kerana fahamannya cukup merbahaya, dan dia mendapat rasa hati atau firasat bahawa anaknya akan membawa kesesatan kepada Islam. Akhirnya dia dibuang oleh keluarganya kerana kesesatannya tidak boleh dibendung lagi. Kemudian dia membawa diri dan merantau membawa fahaman rekaan akalnya. Dalam perjalanannya, dia bertemu dengan yahudi yang berhajat merosakkan Islam, Hampher namanya. Hampher adalah inteligen British di Timur Tengah. Dia berpakat dengan Ibnu Wahab ini dan berjanji membantu menyebarkan ajarannya jika membantu British di Hijaz. Maka bermulalah rancangan jahat yahudi ini dan berjalanlah ianya dengan lancar kerana adanya duri dalam daging seperti pengasas wahabi ini. Dia telah dijadikan yahudi sebagai sebahagian dalam program merosakkan Islam, selain rancangan yahudi melalui Syiah dan lain-lain. Akhirnya dia termasuk dalam rancangan yahudi melalui Bani Saud untuk merampas Bumi Hijaz, khususnya Haramain. Yahudi menjadikan Bani Saud sebagai kerajaannya dan Wahabi sebagai fahamannya. Kesesatan Wahabi sangat ditentang oleh umat Islam di masa itu, yang kebanyakannya masih berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bahkan abang Ibnu Wahab, Syeikh Sulaiman juga telah menulis buku sebagai membantah kejahatannya yang bertajuk'Sawa'iq Ilahiah Fi Raddi 'Ala Wahabiah'. Gurunya juga turut menulis surat kepadanya supaya menarik balik kata-katanya dalam mengkafirkan umat Islam yang bertawasul, menziarahi kubur, bertahlil, menyambut Maulid Nabi, dan lain-lain amalan tariqat dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah. “Dan barang siapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, Kami biarkan ia bebas terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu (Allah biarkan mereka bergelimang dalam kesesatan) dan Kami masukkan ia ke dalam jahannam, dan jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali" An-Nisa 115 Akibat tercabutnya hidayah darinya, semua golongan Ahli Sunnah telah dikafirkannya, termasuklah keluarganya dan guru-gurunya. Dia cukup bebas menyebarkan ajarannya, kerana disokong oleh British dan Bani Saud ini. Yahudi menggunakan bonekanya untuk meluaskan ajaran dan fahaman yang rosak ini. Bagi umat Islam yang lemah dan kuat jiwa agamanya, fahaman ini bersesuaian dengan jiwa mereka. Sebab itulah fahaman wahabi ini juga digelar fahaman muda. Dia akhirnya berkahwin dengan anak perempuan kepada pengasas Kerajaan Saudi, iaitu Muhammad bin Saud. Maka berkembanglah lagi ajaran yahudi ini ke Bumi Hijaz, kerana ketika itu Kerajaan Saud sudah menguasai Hijaz kecuali Mekah dan Madinah. Dia membuat fatwa bahawa orang Islam telah syirik setelah zaman Salafussoleh, iaitu selepas 3 kurun selepas zaman kenabian. Jadi dia membenarkan umat Islam dibunuh kerana baginya mereka tidak Islam lagi dan Syurga sebagai ganjarannya. Bani Saud yang menjadi pelaksana, ibaratnya bertemu dengan pasangan yang sama selera dengannya. Maka kejahatan mereka semakin berleluasa. Dia sepertinya semakin gilakan nama dan kuasa. Dia tidak mendakwa dirinya nabi secara terangan, namun bagi yang mahu mengikutinya mesti mengucapkan syahadah semula depannya dan membenarkan bahawa sebelum syahadah di depannya, mereka sebelum itu tidak Islam. Dia juga meminta supaya mereka mengaku bahawa sebelum itu mereka tidak Islam dan ibu bapa mereka tergolong dalam golongan kafir. Dia juga mewajibkan kepada pengikutnya bahawa ulama-ulama sebelumnya adalah mati kafir. Jika ada yang tidak menurutinya, maka akan dibunuh serta merta. Hakikatnya dia mahu mengaku dirinya adalah nabi! Dia juga berlagak seperti nabi di hadapan pengikutnya, bahkan menghina Nabi S.A.W. dan menggalakkan pengikut-pengikutnya menghina baginda S.A.W. Mereka mengejek-ngejek Nabi S.A.W. dengan mengatakan baginda sudah mati dan tidak boleh buat apa-apa dan tidak membei manfaat. Sudah jelas, dia berlagak nabi di depan pengikutya. Nerakalah tempat selayaknya bagi penghina-penghina Nabi S.A.W. Pada 1802, setelah mendapatkan ramai pengikut yang berfahaman wahabi, penganut ajaran wahabi menyerang Karbala, Iraq. Di sana terletak tempat dikebumikan jasad cucu Nabi Muhammad S.A.W., S. Husein R.A. Mereka menganggap bahawa tempat itu adalah membawa kerosakan, kesesatan dan maksiat serta menyekutukan Allah. Tak lama kemudian, mereka menyerang Madinah, menghancurkan kubah yang ada di atas kuburan di Jannah Baqi', meratakan tanda-tanda yang ada di Hujrah Nabi S.A.W. (Makam Nabi). Pada 1806 M, mereka menceroboh Mekah dan merosakkan Kiswah (Kelambu Kaabah). Kemudian memusnahkan puluhan makam di Jannah Ma'ala, termasuk makam tempat kelahiran Nabi S.A.W., tempat kelahiran Sayyidina Abu Bakar R.A. dan Sayyidina Ali K.W., juga makam Siti Khadijah R.A., serta masjid Abdullah bin Abbas R.A. Mereka menghancurkan masjid-masjid, makam-makam, dan tempat-tempat sejarah sambil bersorak-sorai, menyanyi dan diiringi tabuhan kendang. Mereka juga mencaci-maki ahli kubur bahkan sebagian mereka kencing di makam-makam tersebut. Hanya neraka sahaja yang layak bagi penjahat-penjahat seperti mereka ini! Pada tahun 1813 M, Haramain dirampas kembali oleh Sultan Mahmud 2, raja Kerajaan Usmaniah di ketika itu. Ajaran wahabi terpaksa berundur, namun mereka tidak berputus asa, Hijaz masih di bawah kuasa mereka. Pada kurun 20, Kerajaan Bani Saud kembali menjajah Mekah dan Madinah, juga Jeddah. Kesempatan diambil setelah kelemahan Empayar Usmaniah yang seterusnya lenyap di atas muka bumi. Semenjak itu, fahaman wahabi semakin berkembang pesat ke seluruh dunia. Wahabi yang dibelakangnya adalah barat, telah bekalkan kemudahan, untuk tersebar luasnya ajaran mereka ini. Maka sejak inilah umat Islam dilihat hina oleh pandangan dunia, kerana ajaran wahabi melahirkan masyarakat yang ekstrim, mudah emosi, pemarah, melenting, pro-militan, tidak lagi berakhlak dan lebih dahsyat lagi, telah terputus umat Islam dengan Nabinya kerana amalan-amalan yang menghubungkan hati umat Islam dengan Nabinya telah disesatkan dan dipadam. YAHUDI, WAHABI, SYIAH, ADALAH MUSUH ISLAM.Apa kata Abuya Imam Asyaari Muhammad Attamimi tentang kejayaan revolusi di Iran: "Ada Ahli Sunnah Wal Jamaah yang dibunuh dan dipenjara oleh orang-orang Khomeini. Perlembagaan yang dipakai di Iran sekarang adalah bermazhab Syiah Imamiah. Jadi dengan kata-kata yang lain, kejayaan revolusi Iran ialah kejayaan Syiah." "Syiah jauh bezanya dengan Ahli Sunnah. Malah salah satu musuh Syiah ialah orang-orang Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dalam sejarah perjuangan Syiah, Ahli Sunnah adalah musuh ketatnya." "Syiah jual nama Islam sebab itu mereka dapat bertapak kuat dan berpengaruh di Iran, Iraq, Pakistan dan India." "Jadi kejayaan revolusi Iran bukanlah sesuatu yang membanggakan kita. Malah bagi orang yang mengenal Syiah, kejayaan revolusi dirasakan satu tamparan pada Ahli Sunnah. Revolusi itu kecil saja ertinya pada Islam dibandingkan dengan besarnya kesilapan Syiah pada Islam." "Tapi aneh, ketika berita kejayaan Khomeini menumbangkan Shah sampai pada kita, umat Islam khususnya setengah pejuang-pejuang Islam di Malaysia berlompatan gembira. Perhatian diarahkan ke Iran. Semangat revolusi ditiup merata-rata dan Khomeini dipilih sebagai imam mereka. Hingga sekarang, sudah ada orang Malaysia yang bermazhab Syiah atau paling tidak mengiktiraf kewujudan Syiah." Kata Abuya, ketika bersama-sama kepimpinan jemaah-jemaah Islam di Malaysia, selepas pulang dari Iran kerana dijemput untuk seminar yang dibuat kerajaan Iran yang baru oleh Khomeini selepas Shah Iran ditumbangkan: "Syiah atas nama Iran sudah ada empayar. Wahabi pun ada empayar atas nama Saudi. Kini hanya Ahli Sunnah sahaja yang belum ada empayar. Kalau begitu kita mulakan supaya berlaku empayar Sunni di tangan kita." Banyak hadis Nabi yang menceritakan tentang kedatangan Dajjal di akhir zaman. Antaranya ialah : 1. Sabda Baginda SAW ; “Ketahuilah ia (Dajjal) berada di laut Syam atau laut Yaman.. akan datang dari arah timur (lalu menunjukkan dengan tangan baginda)..”- Hadis riwayat Muslim. 2. Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Baginda SAW, “Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama KHURASAN.” – Hadis riwayat al-Tirmizi. 3. Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW, “Dajjal akan keluar dari kota Yahudi ESFAHAN (Khurasan, IRAN) bersama 70,000 penduduk ISFAHAN”. [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"]. 4. Nabi bersabda “ Dajjal akan diikuti oleh 70,000 yahudi dari kota Isfahan (Nan), mereka memakai Al-Tayalisah”. Hadis riwayat muslim. Ibnu Kathir berkata, Dajjal pada mulanya akan muncul dari ISFAHAN dari sebuah kota Yahudi [An-Nihayah fi Al-Fitan wa Al-Malahim]. **ISFAHAN adalah sebuah bandar terbesar YAHUDI di Iran dan pusat loji nuklear Iran pada masa kini. Persoalan, bilakah dajjal akan muncul ? Adakah keterlaluan jika dikatakan dajjal sebenarnya dah lama muncul dan 70,000 pengikutnya telah pun ada? Di zaman Rasulullah pun dajjal telah muncul, ketika dia berlanggar dengan baginda. Hampir sahaja dibunuh oleh Sayyidina Umar, namun ditahan baginda, kerana yang dijanjikan untuk membunuhnya adalah Nabi Isa A.S., bukan siapa-siapa. Marilah kita renungkan hadis-hadis Nabi di atas dan percaya sungguh-sungguh bahawa apa yang dikatakan Rasulullah itu benar-benar akan berlaku. 70 ribu pengikut dajjal akan muncul di Iran dari kalangan penduduk Isfahan. Mereka memakai pakaian khas, 'Al-Tayalisah'. Al-Tayalisah ialah sejenis pakaian atau jubah kebesaran ulama Yahudi. Jubah ini jarang ditemui kini kerana dipakai oleh kelompok ahli agama sahaja. Oleh itu ia dipakai oleh ulama Iran yang berfahaman Syiah. Di Iran, yahudi adalah sebahagian penduduk tetap di sana dan bertempat di Isfahan. Pendek kata, Isfahan adalah pusat yahudi di sana. Ahli Sunnah Iran di mana? Mereka diletakkan di pinggir-pinggir Iran, yang bertujuan apa-apa pun yang terjadi, Sunni adalah tembok mereka dan Sunni yang terkena dahulu. Sekaligus menafikan hak Sunni di sana. Dalam parlimen Iran juga, terdapat wakil yahudi yang bersuara mewakili puak yahudi di sana. Jelas menunjukkan siapa Syiah ini. Maklumat mengenai mereka ini tidak boleh disorok lagi. Namun ini bukanlah masalah bagi mereka, kerana masalah mereka ialah Putra Bani Tamim yang menyediakan tapak bagi Imam Mahdi dan Nabi Isa. PBT lah yang membongkar siapa mereka. Ini yang mereka takutkan, kerana PBT menggagalkan pelan-pelan mereka. Kalaulah Amerika benar-benar ingin menyerang Iran, bolehlah sangat! Kalau PBB nak tutup projek nuklear Iran, bolehlah sangat. Namun kenapa dibiarkan? Kerana ia sebahagian daripada pelan mereka, pelan mencatur dunia. Iran dan Amerika adalah satu keluarga, bersama-sama keluarga itu adalah yahudi sebagai abang besarnya. Untuk menjayakan pelan itu, mereka mengajak adik bongsu mereka, iaitu Wahabi. Ya! Wahabi sebagai adik bongsu kesayangan, diberikan apa sahaja kemahuan. Dan istimewa adik bongsu ini, diletakkan di sebaik-baik tanah atas muka bumi ini. Adik bongsu (wahabi) ini kerjanya merosakkan perasaan umat Islam terhadap Allah dan Rasul. Maka terputuslah hubungan umat Islam dengan Allah dan Rasul mereka, hasil kerja adik-beradik jahanam ini. Untuk menyatakan kebenaran kata-kata Rasulullah itu, marilah kita lihat perkembangan mengenai konspirasi Dajjal yang masih berterusan hingga kini. Pada 28.12.2008, iaitu selepas sehari tentera yahudi menyerang Palestin, ulama syiah, Ali Khomenei mengeluarkan fatwa; Siapa yang terlibat dalam perang di Palestin menentang Israel dan terkorban dikira mati syahid. Dikhabarkan seramai 70,000 warga Iran, majoriti adalah belia telah menawarkan diri secara sukarela untuk berjuang dibumi Palestin untuk hanya dalam masa seminggu. Namun seminggu selepas itu Ali Khomenei mengeluarkan kenyataan berbeza; penghantaran tentera sukarela pejuang jihad di-KIV-kan dan tidak perlu buat masa ini. Kononnya terdapat tanda-tanda yahudi sedang memasang perangkap untuk mengheret Iran dalam kancah perang terbaru. Apapun katanya, kebenaran kata-kata Rasulullah sejak 1400 tahun lepas telah terbukti dengan adanya 70 ribu warga Iran untuk berjuang itu. Apakah matlamat dan strategi yahudi itu hanya Allah dan Rasul yang tahu. Apa yang berlaku sebenarnya ialah; Syiah sedang menunggu kehadiran dajjal (bagi mereka itu adalah Al-Mahdi Syiah) untuk diikuti, bukan untuk melawan yahudi. Sebaliknya untuk menyerang dan menghapuskan orang Islam yang beraliran Ahli-Sunnah Wal Jamaah dan seluruh keturunan dan cucu cicit Nabi. **Bagi Syiah dajjal adalah imam ke-12 mereka sekaligus Al-Mahdi untuk Syiah. Perbezaan Sunni dan Syiah umpama langit dan bumi, malah mengikut seorang ulama Syiah bernama Sayyid Nikmatullah Al-Jazairi dalam kitabnya, berkata: “Sesungguhnya kami tidak akan pernah sepakat dengan AHLI SUNNAH tentang ALLAH, NABI dan IMAM kerana mereka mengatakan: "Tuhan kami (Sunni) adalah yang Nabinya Muhammad dan khalifah setelahnya Abu Bakar, dan kami (Syiah) AL-RAFIDHAH tidak beriman pada Tuhan itu dan Nabi-Nya, kerana Tuhan yang Nabi-Nya Muhammad dan khalifah setelahnya adalah Abu Bakar bukanlah TUHAN kami (Syiah).” [Rujukan : Anwar al-Nu’maniyyah, jil.2, m.s: 278, Bab Nur fi Haqiqah al-Anwar ] Pembunuhan Saddam yang berfahaman Sunni juga adalah dirancang oleh yahudi. Saddam adalah di antara pemimpin Islam dunia, walaupun dianggap zalim tapi amat kuat dalam memerangi yahudi di Palestin. Dajjal yang muncul di Iran inilah juga yang membantu yahudi mengalahkan Sunni di Afghanistan dan Sunni di Iraq. Menurut Abuya, Perang Teluk buatkan Islam kembali gemilang. Begitulah pandang tembus Abuya membaca pergolakan di Timur Tengah. Benarlah kata Bonda Wasilah A.R., Islam tidak akan kalah-kalah lagi. Ali Hashemi Rafsanjani, semasa khutbah Jumaat di Universiti Tehran pada 8.2.2002, "Tentera Iran telah memerangi Taliban, dan bekerjasama menjatuhkannya, jika tidak kerana bantuan tentera Iran dalam peperangan Taliban, Amerika telah tenggelam di bumi Afghan". "Seharusnya Amerika mengetahui, jika tidak kerana tentera Iran, Amerika tidak mampu menjatuhkan Taliban!" Muhammad Ali Abtahi, bekas naib Presiden Iran, Presiden Mohamad Khatami, pada perasmian penutup seminar Teluk, 'Cabaran Dan Masa Depan' di Emiriah Arab Bersatu, 15.1.2004: “Jika tidak kerana Iran, Kabul dan Baghdad tidak akan jatuh (ke tangan Amerika) dengan mudah! Kini pelan yang dirancang oleh yahudi dan dajjal sedang berjalan lancar. Segala tipu helah dan strategi perang semuanya mengikut arahan dajjal Hanya Ikhwan dan Asoib sahaja yang mampu mengalahkan mereka, kerana bersama mereka adalah Imam Mahdi dan Putra Bani Tamim. Hakikatnya roh baginda S.A.W lah yang bersama mereka. Syiah lebih mementingkan empayar Parsi berbanding hal-hal di Palestin, Iraq dan Afghanistan. Musuh utama mereka ialah Ahli Sunnah Wal Jamaah. (Sunni ). Apa beza Syiah dan Yahudi? Tiada beza berdasarkan riwayat-riwayat mereka mengenai Al-Mahdi dan dajjal. Syiah ini berasal dari agama Yahudi, malah pengasas Syiah ialah Yahudi juga, Abdullah bin Saba’! Syiah dan yahudi adalah rumpun yang sama. Syiah adalah Parsi yang menyembah api di zaman dahulu, dan Islamnya Abdullah bin Saba' adalah untuk merosakkan Islam dan membalas dendam kerana kejatuhan yahudi Parsi. Susur galur Parsi dan yahudi adalah dari Nabi Ishaq A.S. bin Ibrahim A.S. Jadi tak hairanlah kenapa mereka sangat berbaik antara satu sama lain. Islamnya Syiah adalah seperti Islamnya salah satu suku yahudi di Turki yang menggemparkan dunia yahudi satu ketika dulu! Rupanya Islamnya mereka bukan kerana keimanan namun kerana merancang untuk merosakkan Islam! Lahirlah Mustafa Kamal At-Tartuk yang berjaya merosakkan Turki serosak-rosaknya! Tidak cukup dengan itu, dari keturunan itu telah berpindah ke bumi Hijaz dan merampasnya dari Ahlul Bait! Itulah kerajaan Bani Saud yang ada sekarang. Jadi, yahudi, Wahabi, dan Syiah ini adalah sama. Adik beradik sebapa yang sama cita-cita; menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W. Namun Islam tidak akan kalah-kalah lagi. Masanya sudah dekat. Bila-bila masa PBT dan IM akan zahir dan membenarkan janji Allah untuk umat Islam akhir zaman. Bersiaplah dengan persiapan hati yang takutkan Allah dan rindukan Nabi. Dapatkan sembahyang yang agung, kerana dengan sembahyang yang agung akan melahirkan masyarakat yang takutkan Allah dan rindukan Rasul, sekaligus inilah masyarakat yang terselamat dari kejahatan dan tipudaya dajjal. |
No comments:
Post a Comment