Tuesday, 2 February 2016

Bagaimana Cara Bangsa Melayu Hadapi Kejatuhan Ekonomi Dunia Sekarang?

World Royal VIP Community dengan segala hormatnya menjemput semua rakyat Malaysia bersama dengan komuniti ini.  Usaha ini selaras dengan menjunjung titah Yang Dipertuan Agong.

Rakyat Perlu Bersatu Hati Hadapi Cabaran Masa Kini

KUALA LUMPUR, 1 Feb (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini bertitah, rakyat perlu bersatu hati dengan mengenepikan perbezaan kaum, bangsa dan politik bagi menghadapi cabaran masa kini.

Seri Paduka bertitah ini amat penting memandangkan keadaan ekonomi yang lebih mencabar di peringkat global berikutan penurunan harga minyak di seluruh dunia dan penurunan harga komoditi.

"Fenomena global ini sudah tentunya memberi impak langsung ke atas ekonomi Malaysia, justeru itu, Beta berharap agar seluruh rakyat Malaysia terutamanya warga Wilayah Persekutuan dapat terus bekerja keras dengan penuh iltizam bagi memakmurkan negara Malaysia yang tercinta.

"Dalam mengharungi senario yang semakin mencabar ini, Beta juga mendoakan agar semua rakyat Beta dapat bersatu hati dengan mengenepikan perbezaan kaum, bangsa dan politik serta mengeratkan lagi silaturahim di antara kita semua," titah baginda.

World Royal VIP Community yang di asaskan oleh DP Soria Ramli perkenalkan Sistem perekonomian Ibrahim yang berteraskan Kasih Sayang dan manusia itu sebagai aset utama.

Pada tahun 1929 telah berlaku kemelesetan ekonomi dunia yang besar seterusnya berlaku perang dunia ke 2.  Pada tahun 2008 mula berlaku kemelesetan ekonomi yang melanda USA, sehingga kini telah melanda seluruh dunia yang jelas menunjukkan akan berakhirnya bila-bila masa sahaja Sistem Ekonomi Kapitalis yang di terajui oleh Khazarian Mafia.

Firman Allah maksudnya;
Dan (Tuhan berfirman): Kami tidak mengutus dalam sesebuah negeri seorang Nabi (yang didustakan oleh penduduknya), melainkan Kami timpakan mereka dengan kesusahan (kesempitan hidup) dan penderitaan (penyakit), supaya mereka tunduk merendah diri (insaf dan tidak berlaku sombong takbur).

Setelah (mereka tidak juga insaf) Kami gantikan kesusahan itu dengan kesenangan hingga mereka kembang biak (serta senang-lenang) dan berkata (dengan angkuhnya): "Sesungguhnya nenek moyang kita juga pernah merasai kesusahan dan kesenangan (sebagaimana yang kita rasakan)". Lalu Kami timpakan mereka (dengan azab seksa) secara mengejut, dan mereka tidak menyedarinya.


(Al-A'raaf 7: 94:95)

Revolusi Ekonomi di abad 21 ini telah berlaku pelbagai perubahan dalam kehidupan umat manusia.

Serentak dengan perkembangan teknologi maka komuniti ini sebagai satu platform untuk bersama mengusahakan agar seluruh rakyat Malaysia mengusahakan takwa, membebaskan diri dari penyakit cinta dunia, menghubungkan hati dengan penuh cinta dan rindu pada Allah dan Rasul automatik kasih sayang sesama manusia akan terwujud sekalipun dari berbilang bangsa dan ugama.

Firman Allah maksudnya:
Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.(Al-A'raaf 7:96

Malaysia atas nama Islam bukan sahaja umat Islam menjadi kuat bahkan dapat menaungi penganut ugama-ugama lain sebagaimana yang telah berlaku pada kebangkitan Islam kali pertama.


No comments:

Post a Comment