Friday, 19 February 2016

Isu Melayu Bodoh : Mat Sabu merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Taa, Siin, Miim.

Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata.

Jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu dengan menanggung dukacita, kerana mereka tidak menjadi orang-orang yang beriman.

Kalau Kami mahu, tentulah Kami akan turunkan kepada mereka satu mukjizat dari langit, yang menjadikan mereka tunduk kepadanya.

Dan tidak datang kepada mereka peringatan serta pengajaran yang baharu dari (Allah) Ar-Rahman, melainkan mereka tetap berpaling mengingkarinya.

(Asy-Syu'araa' 26:1-5)

Dalam tahun 1437 hijrah (2016) ini pelbagai isu-isu berkait politik, ekonomi dan kepimpinan negara yang lemah dan menjadi perhatian pelbagai pihak samaada dalam dan luar negeri.

Sudah 60 tahun (hijrah) negara mencapai kemerdekaan dan 520 tahun (hijrah) jika di kira jatuhnya Empayar melaka pada Portugis 917 hijrah.

Saya ingin berkongsi pandangan berhubung dengan


Berikut petikan dari m.utusan.com.my

SUNGAI PETANI 17 Feb. – Dalam keadaan terpekik-pekik, Presiden PAN, Mohamad Sabu atau Mat Sabu berkali-kali menyifatkan orang Melayu sebagai bodoh, ba­ngang dan bahalol dalam ceramah di Majlis Rumah Terbuka Pakatan Pembangkang Sempena Tahun Baharu Cina, di sini malam tadi.

Semuanya gara-gara orang Melayu terutamanya yang berada di kelas pertengahan didakwa menjadi penyebab kepada kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu.

“Yang paling saya kecewa ialah kelas pertengahan Melayu. Mereka inilah yang susah berubah. Makan gaji sikit, jadi pegawai kerajaan sikit, pertahan pemerintah rasuah. Ini yang saya marah, saya baling mikrofon malam itu.

“Tahun 2013, undi Melayu turun sedikit. Meningkatnya soko­ngan kepada kita sebanyak 52 pe­ratus kerana undi orang Tionghua dan orang India. Tahniah kepada kaum Tionghua atas kesedaran politik.

“Orang Melayu kenapa tak mahu berubah? Takutkah kalau UMNO jatuh, Cina perintah Malaysia? Kenapa bodoh, bodoh, bodoh?” kata­nya sambil disambut sorakan dan tepukan daripada kira-kira 250 hadirin yang kebanyakannya terdiri daripada kaum Cina.

Hadir sama, Ke­tua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng serta barisan kepemimpinan pakatan pembangkang di negeri ini dan Pulau Pinang.

Tuduhan kerasnya itu kemudian diteruskan lagi terhadap pegawai kerajaan.

“Apabila orang Cina hendak ambil alih Malaysia melalui pilihan raya boleh atau tidak? Tetapi berapa ramai pegawai kerajaan boleh percaya? Bangang bin bodoh bin bahalol.

“Tak boleh! Orang Cina hanya boleh memerintah sama ada bersama BN atau pakatan pembangkang. Tak boleh mereka memerintah sendirian,” katanya.

Beliau turut menuduh, semua itu adalah ‘racun’ yang dima­sukkan biro tatanegara dan polis Cawangan Khas (SB).

“SB kerjanya itulah, bawa bekas ahli DAP, Razali (Mohamed Razali Abdul Rahman) diiringi oleh polis pergi berbohong pegawai kerajaan,” ujarnya.

Seterusnya beliau membuat perbandingan mengenai sikap rakyat negara ini yang menolak demonstrasi sebagai cara menjatuhkan pemimpin di sesebuah negara.

“Di Filipina rakyat berdemonstrasi hingga Marcos jatuh. Di Indonesia, para pelajar berdemonstrasi sehingga mati enam orang tetapi akhirnya menjatuhkan Suharto dan memulakan era demokrasi.

“Di Thailand rakyat berdemonstrasi menjatuhkan Yingluck Shinawatra sementara di Burma mereka tumbangkan rejim tentera. Rakyat Malaysia bila? Demonstrasi pun tak mahu, pilihan raya pangkah lagi BN. Bodoh, bangang, ba­halol,” katanya.

Begitulah kisahnya apa yang di lapor...




Kenapa begitu sekali Mat Sabu tergamak mengeluarkan kata-kata begitu pada Bangsa Melayu.. Bangsa MIM ..Bangsa yang akan memimpin dunia di akhir zaman.  Sehingga di beri petunjuk dalam Al-Quran bahawa tahun 917 hijrah adalah permulaan untuk akhir zaman.

Firman Allah maksudnya;

Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah Syaitan-syaitan itu selalu turun?
Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa,
Yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh Syaitan-syaitan itu), sedang kebanyakan beritanya adalah dusta.
Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat - tidak berketentuan hala.
Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)?
Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?
(Asy-Syu'araa' 26:221-226)


UMAT ISLAM ada agenda tersendiri yang telah dijadualkan oleh Allah SWT. Jadual dari yang Maha Mengetahui dan Maha Sempurna. Namun, agenda dan jadual Allah SWT ini dipinggirkan. Sebaliknya umat Islam membuat jadual sendiri atau mengikut jadual ciptaan Barat. Ini sangat bercanggah dengan sikap Rasulullah SAW Ketika itu.Rom dan Farsi merupakan dua empayar besar. Rasulullah tidak mengikut mereka tetapi mengikut agenda dan jadual Allah SWT. Sejarah juga membuktikan para mujaddid adalah mereka yang mengikut jadual Allah SWT.

Ketepatan menurut kehendak Allah SWT dan Rasul-Nya itulah faktor paling utama kemenangan dan kejayaan bakal diberikan oleh Allah. Ini kerana ia merupakan janji Allah SWT kepada manusia di sepanjang zaman serta ada jaminan kemenangan, kejayaan dan keberhasilan umat Islam dunia dan Akhirat.

Di antara janji Allah SWT melalui lidah Rasul-Nya (nas- nasnya akan dinyatakan dalam bab-bab seterusnya):

Pertama:

Setiap awal kurun, Allah SWT akan munculkan seorang mujaddid. Di tangan mujaddid inilah Islam dan umatnya akan kembali gemilang dan berdaulat. Tidak salah bagi siapa pun yang mempunyai cita-cita perjuangan berhempas pulas untuk berjuang, kerana itu sudah taklif (menjadi tanggung-jawab). Dan andainya ikhlas serta menepati syariat, Allah tetap memberi pahala. Namun kejayaan perjuangan hanya Allah SWT janjikan dianugerahkan kepada pemimpin yang Allah SWT janjikan iaitu mujaddid-Nya.

Kedua:

Terdapat tiga ‘figure’ yang disimpan oleh Allah SWT di akhir zaman ini iaitu Putera Bani Tamim, Al Mahdi dan Nabi Isa a.s. Sebelum kemunculan Al Mahdi, ia didahului oleh Putera Bani Tamim yang memperjuangkannya sehingga tertegaknya sebuah pemerintahan yang bertaraf daulah atau negara. Daulah itu merupakan tapak kepada ummah.

Ketiga:

Munculnya Al Mahdi dan Putera Bani Tamim adalah di awal kurun.

Ke-empat:

Oleh kerana kebangkitan itu di Timur, sudah pastilah kawasan Timur yang paling subur keislamannya itu menjadi tapak kepada kebangkitan tersebut. Maka berani kami katakan bahawa Malaysialah yang dimaksudkan Timur itu. Oleh itu dapat pula disimpulkan bahawa Putera Bani Tamim itu berada di Malaysia.



Pemimpin Jahat Akan Binasa




A. Kata tabiin RH,
“Al-Mahdi tidak akan muncul sebelum para pembesar yang sombong binasa (semuanya).”
Ucapan tabiin ini menjelaskan lagi konsep bahawa pemerintah yang zalim tidak boleh dijatuhkan oleh kita. Mereka hanya boleh dijatuhkan oleh Allah SWT sahaja. Oleh kerana mereka naik dengan izin Allah, maka jatuhnya juga adalah dengan izin-Nya jua. 

Apa kuasa yang ada pada kita untuk menjatuhkan seseorang daripada kepemimpinan yang sedang dipegangnya? 

Tidakkah semuanya itu adalah kerja Allah? 

Apa hak kita untuk mengambil alih kerja Tuhan? 

Siapa kita untuk menentukan si anu sebagai pemimpin dan si anu perlu kita jatuhkan daripada tampuknya?

Imam Mahdi akan naik memerintah selepas semua diktator dijatuhkan oleh Allah daripada pemerintahan mereka, sehingga apabila Imam Mahdi naik memerintah kelak, dunia ini sudah bersih keseluruhannya daripada sistem Barat yang lapuk dek hujan itu berkat Imam Mahdi. Pemerintah bertaraf diktator juga sudah dijatuhkan. Maka sistem Islam yang sebenarlah yang akan mengambil alih, dengan kuasa pemerintahan akan berada di dalam genggaman Imam Mahdi yang sangat dinanti-nantikan itu, Imam yang sangat soleh itu.


No comments:

Post a Comment