Saturday, 6 February 2016

Rahsia Terbesar Abad Ini MH370 Di Bongkar : Rahmat Kasih Sayang Allah


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,

lzinkanlah hambaMu ini menuliskan tentang tajuk

Rahsia Terbesar Abad Ini MH370 Di Bongkar :
   Rahmat Kasih Sayang Allah 




(Untuk semua rakyat Malaysia yang di lahirkan di Bumi Bertuah Ini serta semua umat manusia)

Negara di mana hambaMu sedang berpijak sekarang. Engkaulah yang merezekikan hamba untuk melihat bumiMu di sebelah sini. Untuk menyaksikan perbuatan hamba­-hambaMu yang sangat menderhakaiMu. Lalu sesudah menyaksikannya, hamba tidak boleh membiarkannya begitu sahaja. Suatu usaha dan ikhtiar mesti dilakukan agar kebiadapan dan kesilapan itu tidak berterusan. Memerangi ideologi sesat anutan mereka itu hamba kira adalah satu jihad agar ia tidak terus meracuni fikiran, jiwa dan kehidupan manusia. Moga-moga tulisan hambaMu ini mendapat restu, rahmat, berkat dan pertolongan yang Engkau janjikan pada hamba-hambaMu yang berjihad.,

Tolong singkap tabir ilmu yang hakiki untuk menyuluh masalah ini dengan tepat. Sekaligus dapat membunuh budaya jahiliah yang mencengkam Barat kini yang ia telah menular ke seluruh dunia. Tanpa ilmu yang hakiki, yang mampu menumbangkan segala kekusutan fikiran hamba-hambaMu yang di Timur dan Barat ini, hamba kira tidak akan ada gunanya tulisan ini di baca oleh semua.

Sekali lagi, tiada gunanya Ya ALLAH, kerana akal terlalu lemah untuk mencari jalan penyelesaian yang tepat terhadap kekusutan yang maha rumit ini kecuali dengan ilmu hakiki yang Engkau ilhamkan ke dalam hati. Sungguh hanya Engkau saja yang tahu dan mampu menyelesaikan masalah manusia ini. Dan hamba cuma mengharapkan pertolonganMu kiranya layak bagi hamba mendapatkannya.

Kiranya tulisan ini benar dan berfaedah maka ia adalah milik Mu. Hamba cuma alat yang Engkau gunakan untuk tujuan murni itu. Tapi kiranya tulisan ini penuh kekurangan, hingga kurang bermutu, maka itu adalah kerana tidak layaknya hambaMu yang daif dan berdosa ini mendapat pertolonganMu. Lalu hamba akuilah kehinaan dan kelemahan diri. Di samping memohon keampunan dari Mu.

Akhimya, pinta hamba pada Mu Ya Allah, kiranya ada pahala dari tulisan ini maka tolong sampaikan pahala itu pada orang-orang yang telah berjasa memelihara dan mendidik serta mengajar hamba-Mu ini hingga mampu hamba menuliskan tulisan ini. Hanya ini yang dapat hamba balas kebajikan mereka. Mereka itu ialah ibu bapaku serta guru-guruku, khasnya guruku Abuya Putra Bani Tamin dan guru tareqat yang diberkati Sayidi Syeikh Muhammad bin Abdullah As Suhaimi dan seterusnya Amirul Mukminin Sheikh Ahmad Abdul Kadir Iskandar D'Zulkarnain

Dan segala yang baik itu, ya ALLAH, adalah kepunyaanMu.

Amin, ya ALLAH.


Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong): (Surah 18 ayat 1)


Berikut ialah catatan saya pada tahun 2014 berhubung kehilangan MH370 . Secara kebetulan pada tarikh berlakunya adalah sama dengan tarikh kelahiran saya dalam kalendar Islam di mana umur saya 48 tahun.
Pada malam kejadian kehilangan kapalterbang MH 370 pada 8.3.2014 , sepanjang malam berfikir dan mencari rahsia tersirat dalam Magic Box 3 x 3 dan Magic Box 4 x 4

Pada pagi 8.3.2014 sebelum mengetahui tentang kehilangan MH 370 saya tertumpu untuk merungkaikan rahsia di Magic Box 4 x 4 pada petak nombor   1 8 13 12.




Nombor 1  8  13  12 diperolehi ini sebelum kejadian kemalangan MH17 dan QZ8501

Saat kejadian kehilangan MH370 juga di buka rahsia untuk mendalami ilmu dan pengetahuan tentang,




The Lo Shu (River Book) Square 洛書 was said to have been discovered on the back of a magical river turtle by the Emperor Hsia Yu 夏禹 (c. 4000 BC). It appeared as a 3X3 gridwork of black (Yin) and white (Yang) dots:



Kehilangan MH370 melibatkan perjalanan dari Kuala Lumpur ke China. Sebahagian penumpang adalah rakyat China. Namun mari kita lihat dari perspektif atau sudut yang berbeza. Mari kita melihat cara Abuya melihat dan menilai sesuatu peristiwa. Abuya pernah gambarkan lebih 30 tahun lepas apa akan berlaku kepada Malaysia. Abuya telah pun menulis sebuah sajak dan dijadikan nasyid tentang negaranya tercinta ini, Malaysia.   Abuya ialah Putra Bani Tamim - Nama Syuaib adalah panggilan penduduk langit - Ustaz Asaahari Muhammad.


Malaysia diibaratkan sebagai anak gadis cantik, ingin dipinang untuk dimiliki. Ertinya ia adalah rebutan yang menjadi perhatian. Malaysia menjadi rebutan Amerika dan China, tak kira apa jua bentuk kepentingan mereka, Allah jadikan Malaysia sebuah Negara yang kecil ini menjadi perhatian dunia. Kata Abuya, samada isu yang dimainkan berbentuk positif atau negative, hasilnya adalah baik untuk kebangkitan Islam. Berita selanjutnya..
 Kebangkitan Islam kali ke 2 - mencari jalan pulang.




No comments:

Post a Comment