Monday, 14 December 2015

Bagaimana Mendidik Seseorang Atau Satu Bangsa

Islam menganjurkan keempat-empat anasir (unsur) di dalam diri manusia atau seseorang itu iaitu fizikalnya, akalnya, jiwanya dan nafsunya hendaklah dididik dan diasuh serentak.


Tidak boleh diutamakan yang satu dan diabaikan yang lain atau sebahagiannya dididik dan sebahagian yang lain diabaikan. Islam mahu manusia sebagai hamba-Nya di dalam keadaan seimbang keempat-empat anasir itu terdidik atau terbangun.

Dengan itu manusia itu akan menjadi hamba Allah sekaligus khalifah-Nya yang dapat mengabdikan diri kepada Allah serta dapat membangun dan mengimarahkan dunia ini. Kalau keempat-empat anasir di dalam diri manusia itu tidak dididik dan dibangunkan serentak, hanya mengutamakan satu atau dua anasir sahaja yang diambil berat maka: Seseorang itu atau satu bangsa itu akan menjadi bangsa yang cerdik dan pandai sahaja tapi iman dan taqwa tidak ada. Maka mereka akan menjadi bangsa yang pandai dan jahat. Atau dia akan menjadi bangsa yang beriman dan bertaqwa.

Ertinya bangsa itu baik tapi tidak pandai dan cerdik. Maka akan jadi bangsa yang baik tapi beku dan mundur. Atau akan jadi satu bangsa yang sihat dan cergas tapi bodoh dan jahat. Jika keempat-empat anasir itu dapat dididik serentak maka bangsa itu akan menjadi bangsa yang beriman dan bertaqwa.

Ertinya bangsa yang baik, cerdik dan berilmu. Iaitu bangsa yang membawa kemajuan dan tamadun serta fizikalnya sihat dan cergas membuat kebaikan. Untuk menjadi bangsa yang seimbang ini hanya orang yang menghayati dan mengamalkan Al Quran dan As Sunnah sahaja yang boleh melakukannya.

Ini telah dibuktikan oleh Islam. Di dalam sejarah yang silam terutama dalam masa 700 tahun empayar Islam, istimewanya di dalam masa 300 tahun yang dikatakan zaman salafussoleh. Akal mereka terbangun. Jiwa mereka terbangun. Fizikal mereka terbangun. Dengan kata-kata yang lain mereka menjadi bangsa yang baik, berilmu dan berkemajuan serta sihat dan cergas.

Selain Islam, bangsa itu tidak akan mampu mendidik untuk memperimbangkan keempat-empat anasir yang ada di dalam din manusia. Sebagai buktinya, orang Barat hanya mampu mendidik akal dan fizikal, tapi tidak mampu mendidik jiwa (roh atau hati).

Maka mereka menjadi satu bangsa yang berilmu dan berkemajuan atau bertamadun, cergas dan sihat. Tapi manusianya jahat dan mengembangkan kemungkaran yang dahsyat, menzalim, menindas. Bangsa Monggol, satu ketika hanya mampu mendidik fizikal sahaja.

Lahirlah bangsa yang kuat fizikalnya tapi tidak membawa ilmu dan tamadun serta bersikap liar dan ganas. Maka mereka menjadi bangsa pemusnah. Akhirnya mereka tunduk dengan agama dan budaya anak jajahannya Kalaulah umat Islam kembali kepada ajaran Islam yang bersumberkan Al Quran dan As Sunnah dengan ada pemimpin yang bertaqwa dan berwibawa, mampu mendidik umat Islam secara seimbang, insya-Allah, sudah pasti umat Islam akan kernbali menempa sejarah gemilangnya semula. Dapat menaungi manusia sejagat dengan tamadun dan kebaikan.

Bagaimana Mentadbir 4 Anasir Yang Ada Dalam Diri


Di dalam diri manusia ada empat anasir yang sangat penting iaitu fizikal, akal, nafsu dan hati (roh), yang perlu diketahui dan dijaga serta ditadbir dengan sebaik-baiknya. Agar manusia itu dapat mengenalkan sifat-sifat kemanusiaannya serta boleh berperanan sebagai hamba Allah dan khalifah-Nya di bumi ini. Kalau tidak, manusia itu hanya rupanya sahaja manusia tapi sifat-sifat dan perangainya adalah haiwan dan syaitan yang berupa manusia yang akan merosakkan diri sendiri dan orang lain bahkan akan menghancurkan seluruh kehidupan dan tamadun di muka bumi ini. Oleh yang demikian, 

Islam sangat mengambil berat agar empat anasir di dalam diri manusia itu dijaga, dididik dan ditadbir serta diletakkan peranannya di tempat yang sebenarnya hingga anasir-anasir yang empat itu dapat memberi sumbangan yang baik kepada diri dan kepada alam sejagat selaras dengan kehendak Allah terhadap manusia sebagai hamba dan khalifah-Nya.

Bila anasir yang ada di dalam diri sakit:

Fizikal: Apabila ia sakit ia jadi lemah, menjadikan dia tidak boleh aktif untuk berusaha dan bekerja. 
Akal: Apabila ia sakit, lemah berfikir, pelupa, tidak boleh menerima ilmu dan maklumat, atau hilang akal sama sekali. 
Nafsu: 
Apabila sakit, tidak lalu makan, tidak ada kemahuan bersama isteri. 

Jiwa: 
Apabila ia sakit, tidak minat membuat kebaikan, tidak ada timbang rasa, tidak simpati, tidak suka menolong dan berkhidmat, tidak merasa berdosa, tidak menyesal dengan kesalahan, tidak takut dengan dosa, tidak boleh menerima teguran. 


Bila jiwa atau rohani manusia itu sakit? 
Jiwa kalau sakit kebanyakan manusia banyak yang tidak sedar atau tidak
tahu bahawa jiwanya telah ditimpa penyakit. Kalau ada orang lain yang sedar pun kemudian memberitahunya, payah dia mahu menerimanya. Bahkan dia akan marah pula kalau dikatakan kepadanya bahawa jiwanya berpenyakit.

Kerana jiwa itu sangat seni, ia tidak dapat dilihat, ia berpusat atau bersarang di hati daging. Itulah dia yang dikatakan hati nurani. Justeru hati nurani itu (jiwa) itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar, kecuali dengan mata nurani atau dengan mata hati juga serta disuluh oleh wahyu maka lantaran itulah penyakit jiwa atau penyakit hati atau dengan kata-kata yang lain penyakit batin payah dikesan dan seterusnya sulit sekali untuk diubati.

Tidak seperti penyakit lahir iaitu penyakit yang menimpa fizikal, mudah dikesan dan dilihat kerana ia mudah dilihat oleh mata lahir atau mata kepala, mengubatinya juga agak mudah dibandingkan dengan mengubat penyakit batin atau penyakit jiwa. Doktor-doktor dan pakar-pakarpenyakit lahir juga banyak tidak seperti doktor dan pakar-pakarpenyakit rohani atau penyakit batin, sangat kurang dan terlalusedikit. Oleh yang demikian orang yang ditimpa penyakit batin ataurohani ini banyak yang terbiar hingga membawa mati.

Di dalam pada itu pula kebanyakan manusia terlalu serius memerangi penyakit lahir tidak seperti penyakit batin, orang tidak begitu ambil peduli, padahal penyakit batin atau rohani lebih berbahaya daripada penyakit lahir.

No comments:

Post a Comment