Monday, 14 December 2015

World Royal VIP Community : TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA


Tahukah anda bahawa quran di turunkan dengan berbahasa arab dan surah pertama berbunyi iqra'.."bacalah" Bacalah di sini membawa maksud 'break the code'. Agama hanif mengandungi rahsia-rahsia dan rahsia itu di simpan di dalam kitab dan pada dada mereka yang di beri keilmuan. Kajilah dan anda akan jumpai sesuatu.

TA =    tanah,
MiM=   Melayu

Andalah pemuda-pemuda bani ta mim yang mampu menghancurkan bukit bukau itu.

Kenapa tanah melayu saja?

Anda harus tahu di mana sudut geografi tanah melayu ini. Seperti saya sebutkan di atas, Dunia melayu yang saiznya sebesar eropah ini adalahsecara keseluruhannya di gelar tanah melayu. Tapi, sebenar-benar TANAH itu adalah 'tanduk'/'Zakar'/'jantung' bumi ini.

Jadi, berbaik sangkalah sesama rumpun dan teruskan persatuan agar MIM itu mekar berdiri di hujung zaman. Kita juga tahu bahawa, keturunan di raja adalah dari keturunan Iskandar Zulkarnain. Jika di katakan iskandar itulah cyrus the great, maka kita tahulah iskandar itu datangnya dari parsi dan membawa bangsa aryan bersama ke sini. 


Tapi, harus di ingat kesultanan haruslah tahu tentang ilmu agama, ilmu kebatinan, ilmu perubatan, ilmu sains teknologi, ilmu kesaktian dan berbagai lagi demi bergelar sultan. Jika tidak, anda hanyalah sultan pada nama. \Ddirect to the point bukan?! Ini di tambah lagi dengan kesetiaan bangsa asli (orang asli/pribumi) yang tinggal di sini dan di merata dunia. Mereka tidak akan mengambil tahta bahkan mereka akan membantu untuk membangun demi kesejahteraan bersama. Orang asli ini adalah mereka yang terselamat di dalam banjir besar itu. Mereka tinggal di gua-gua. Bukti arkeologi seperti Perak Man adalah bukti tentang wujudnya komuniti orang asli ini yang telah tinggal di gua-gua selepas tamat era banjir besar. Kemudiannya, mereka merantau dan menuju ke segenap pelusuk dunia demi penerusan survival. Yang tinggal kini adalah saki baki penduduk asal tanah sunda yan tidak lagi mahukan kehebatan kerana cukuplah dengan bencana yang pernah berlaku dulu. Kenapa itu terjadi? Ini kerana di sinilah bermulanya ketamadunan pertama dunia. Tidak dapat terima hakikat ini?

Terdapat faktor-faktor Orang asli yang merantau ke seluruh dunia (asalnya dari sini) dan terselamat dari banjir besar oleh Peter Bellwood dalam buku the Austronesian:-

-berdasarkan rantaian makanan
-berdasarkan pengangkutan (perkapalan adalah teknologi paling 'advance' di tanah melayu)
-berdasarkan daya mengelak dari suhu sejuk (bila banjir surut, suhu jadi sejuk)
-berdasarkan explorasi peta sekitar
-berdasarkan pembiakan waris
-berdasarkan material kegunaan

Berdasarkan teori ini, orang asli ini membuka penempatan di seluruh dunia kerana mereka pada masa itu cukup 'advance; tapi kenapa kini kita melihat mereka bercawat dan ketinggalan zaman. Ini kerana mereka tidak mahu lagi keberadaan kerana keberadaan atau kekayaan nenek moyang mereka dululah menyebabkan mereka hampir lupus di muka bumi.

MEREKALAH SATU-SATU BANGSA YANG MASIH 'HIDUP' BERSAMA BANGSA MIM. 

Walaubagaimanapun, proses asimilasi juga berlaku di kalangan mereka dan 'pendatang' dari waris NUH. Maka terlahirlah Mala-aborigin, Austranesian dan sebagainya. Apa yang penting adalah, mereka ini cukup taat pada sultan yang di pilih setelah anak raja itu mengalami proses pembelajaran 3,5,7 dan 9.

Apakah proses itu 3,5, 7, 9?

Proses ini adalah proses pembelajaran anak-anak raja demi menjadi raja-raja agung. Pada usia kecil mereka akan di dedahkan dengan adat-adat yang di pegang olehkewalian 3, seterusnya belajar silat dari kewalian 5, seterusnya belajar agama darikewalian 7 dan akhirnya belajar tentang kehidupan dari kewalian 9. Mereka di dedahkan demi mecncapai syariat,hakikat makrifat dunia dan akhirat. Akhirnya tahulah mereka apakah itu ILMU SEGALA.

Ilmu segala yang telah di turunkan pada yang haq adalah lesen mengenai siapakah mereka-mereka ini. Jika mereka mampu menyebut nama-nama ilmu dalam titisan lautan keilmuan ALLAH, makanya, dialah waris ADAM, NUH, IBRAHIM dan MUHAMMAD yang bertubuh manusia berjiwa dewa.

Melayu tidak harus tinggalkan adat dan ilmu lama kerana itu adalah haq melayu (sebagaimana bangsa lain, mereka juga di beri haq keilmuan masing-masing). Islam pula adalah agama universal yang dapat menyatupadukan umat di seluruh dunia. Tapi, sedihnya saya tidak dapat melihat itu di zaman ini kerana masing-masing mahu menunjukkan siapa lebih islam. Bagaimana mereka nyatakan mereka islam sedangkan hati mereka tidak pun islam/selamat = tenang. Mereka melihat tubuh badan orang lain sedangkan ALLAH lebih dekat pada urat leher pada diri sendiri. Ini adalah kegilaan apa? Ini adalah bahana penyakit cinta dunia takut mati yang sudah merasuk kedalam tubuh badan umat islam itu.

ISLAM itu UNIVERSAL,bertemu MELAYU bersifat UNIVERSAL, 
di tanah bekas UNIVERSAL. 

Anak Melayu Tahu Jati Dirinya, Dia Boleh Memimpin dunia...



MIM
LAM ALIF
YA
WAU

membawa pengertiannya tersendiri

MIM
itu Muhammad, yakni bangsa itu ada sifat Muhammad, yakni lemah lembut sopan dan santun.

LAM ALIF
itu Laa Ila Ha Illah, yakni sebagai bangsa pendokong kalimah.

YA
itu bermaksud tempat, yakni bangsa itu ada kawasannya sendiri.

WAU
itu Quddus, suci. Yakni bangsa itu hidup dalam kesucian demi untuk kembali kepada Yang Maha Pencipta


"Nabi ADAM di beri ilmu segala dan di wariskan kepada anak cucunya untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Kerana hebatnya ilmu itu, skala kekhalifahan itu merangkumi langit dan bumi. Akibat dari kehebatan mereka itu, para manusia ini mengidolakan mereka sehingga membuat patung-patung lalu di sembah. Dek kerana itulah ada para dewa ini menetap terus di 'langit-langit' dan tidak lagi mahu turun sehinggalah pintu kayangan itu di tutup sepenuhnya tika kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Pintu itu tidak akan terbuka lagi tapi hanya yang berhaq atau di beri ilmu warisan ini saja yang dapat berhubung dengan para kayangan di 'atas' sana. Di muka bumi pula, kekufuran telah berlaku dan berluasa sehinggalah banjir besar terjadi. Banjir besar itu telah menenggelamkan PENTAS SUNDA si tanah paling tinggi bergelar syurga dunia itu sehingga hanya puncak-puncak paling tinggi yang kelihatan. Di puncak inilah kita diami sekarang.



Bahtera NUH itu di penuhi dengan pelbagai ras kaum dan bangsa. Besarnya Bahtera itu tidak di jangkau akal sehinggakan di gelar 'rumah' pada tika itu. Proses asimilasi berlaku di dalam 'rumah' itu dan menwujudkan bangsa MIM atau Quraisy kuno. Dari susur galur NUH ini terbitnya bangsa-bangsa kini. Tapi, ada juga bangsa di musnahkan kerana kesesatan yang nyata mereka bawa akibar dari penyembahan sesama makhluk.Waris yang di beri ilmu segala ini seterusnya harus mengajar dan mendidik kaum dan bangsa mereka. Ada yang di musnahkan dan orang yang beriman dari kalangan bangsa musnah itulah yang seterusnya menerbitkan bangsa baru sehinggalah membawa kepada generasi kita.

Era Ibrahim adalah era di mana ketentuan di 'takdirkan demi masa depan'. Hajar menerbitkan arab. Sarah menerbitkan Bani israel dan Qeturah atau jawiyah ini menerbitkan madyan dan lain-lain yang mana menerbitkan bangsa aryan lalu di bawa kemari waris itu oleh para pelarian kemboja asli. Lalu di asimilasikan dengan penduduk asal di tanah bekas pentas sunda yang tenggelam ini yakni orang asli yang telah terselamat dan tinggal di gua-gua. Seterusnya hasil dari pedagangan china dan arab membawa kembali salasilah Ibrahim dari susur galur HAJAR. Salasilah SARAH pula di bawa secara rahsia oleh NABI MUSA lantas di kenali sebagai the lost tribe. Kerana 'lost'nya tribe ini, maka ia tidak dapat di jumpai sehinggalah kini ia di buka sendiri oleh para pengkaji eropah serta cendikiawan dari sini.



Ketamadunan dari jurai kenabian ini telah di pegang oleh raja yang harus mengetahui ilmu dunia dan akhirat. Jika tidak, atas nama saja sultan itu berkuasa dan daulat itu tiada. Daulat itu adalah tanda adanya haq pada mereka dan takkala daulat itu di sanggah, terimalah dikau akan balasan kerana yang di pilih bukan kerana makhluk tapi keranaNYA. Jika tiada haq, pasti bala akan terima dan akibatnya Melaka jatuh ketangan portugis dan seterusnya pergaduhan sesama kesultanan terjadi. Maka, lahirlah negara bangsa seperti sekarang ini. Tapi sudah pasti mereka yang amat logikal akalnya akan berkata 'ahh..itu cuma kebetulan'. Kebetulan kepala hotakkau berjambul kata P.ramlee. Apakah dunia ini juga di cipta kerana kebetulan dan kebetulan pula kita sebagai manusia?! Anda yang jawab.

Kerahsiaan bangsa MIM baru atau di gelar MELAYU ini akhirnya di buka dengan kerahsiaan demi kebangkitan kali kedua ISLAM. Jika bukan kerana ISLAM, melayu takkan bangkit kerana ISLAM adalah penyebab Melayu harus bangkit. Jika tidak, selamanyalah melayu itu me-layu dan tidur di tendang-tendang oleh musuh-musuh di sekeliling. 

SANG NAGA SEDANG TIDUR, MARI KITA BUNUH DIA. Tapi, sekali naga bangkit, bukan saja musuh malah bumi pun gentar. Ini termaktub dalam hadis nabi yang mana kebangkitan adalah dari timur. Tapi, ramai orang beranggapan timur itu di Asia tengah timur sikit, akibatnya perang tak sudah di nyalakan di sana. Tak puas dengan itu, nusantara pun terkena biasnya. Ekonomi meruntuh tapi nak runtuhkan bagaimana jika 'giliran perekonomian IBRAHIM' itu sedang berlangsung.


Kita lihat saja dalam masa terdekat, mungkin 1-2 tahun ini, sistem kapitalis atau ekonomi yang di pegang oleh yahudi dan para campurannya akan mendesup jatuh tanpa di selamatkan lagi. Tiba-tiba, muncul pula ramai orang kaya di sekitar nusantara. Nanti anda saksikanlah ia."

No comments:

Post a Comment