Wednesday, 30 December 2015

Mentera Semerah Padi : Beroleh Kejayaan Hasil Mujahadah Nafsu


Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.

Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan mereka pula berlaku zalim kepada diri merela sendiri.

Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah (dengan sebab persediaannya) maka dia lah yang beroleh petunjuk; dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan sebab keingkarannya) maka merekalah orang-orang yang rugi.

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.

Dan di antara orang-orang yang Kami ciptakan itu, ada satu umat yang memberi petunjuk dengan kebenaran, dan dengannya mereka menjalankan keadilan.

Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan menarik menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya.

Dan Aku memberi tempoh kepada mereka; sesungguhnya rancangan balasanKu amatlah teguh.

Patutkah mereka (ingkar dan) tidak mahu memikirkan (dengan fikiran yang siuman bahawa) sahabat mereka (Muhammad) tidak sekali-kali mengidap penyakit gila (sebagaimana yang mereka tuduh itu), bahkan ia hanyalah seorang (Pesuruh Allah) yang memberi amaran yang jelas.

Patutkah mereka (membutakan mata) tidak mahu memperhatikan alam langit dan bumi dan segala yang diciptakan oleh Allah, dan (memikirkan) bahawa harus telah dekat ajal kebinasaan mereka? Maka kepada perkataan yang mana lagi sesudah (datangnya Kalamullah Al-Quran) itu mereka mahu beriman?

( Surah Al-Araaf 7 : 176 - 185 )

Hang Tuah - Tak Akan Melayu Hilang Di Dunia


Pada tahun 1440M Sayyid Thanauddin(Adi Putra) sampai ke Melaka beliau terus memilih Pulau Besar untuk dijadikan tempat belajar ILMU KEROHANIAN SUFI.

Di Pulau ini juga Daeng Mempawah bin Raja Bajung belajar dan berguru dengan Datuk Sayyid Thanauddin/Adi Putra. Daeng itu ialah Laksamana Hang Tuah.Jadi yang menjadikan Pulau Besar Pesantren pertama Nusantara ialah Saiyyid Thanaudin/Adiputra.
Laksmana Hang Tuah  anak raja Bugis berasal dari Makasar, Sulawesi, yang sangat-sangat ditakuti dan dihormati di seluruh Makasar, Riau, Siak dan juga pulau-pulau Melayu yang berhampiran, kerana kegagahan dan keperkasaan mereka yang tiada tolok bandingnya ketika itu. 

Ketujuh-tujuh beradik ini, Daing Jalak, Daing Celak, Daing Merawak, Daing Mempawah, Daing Telani, Daing Pelangi dan Daing Kuning telah belayar meninggalkan tanah Bugis untuk mencari tapak penghidupan baru. Mereka telah menjelajah ke serata kepulauan Melayu bagi mencari kawasan penempatan yang sesuai menurut firasat masing-masing.

Laksmana Hang Tuah berkhidmat dengan Raja Melaka, dalam zaman pemerintahan menggigit (Zaman Fitnah) .   Maka pada bulan Ogos 1511 Melaka telah berjaya di takluk oleh Portugis.   

Pesanan Laksmana Hang Tuah
 " Tak Akan Melayu Hilang Di Dunia ",
 sebenarnya beliau tahu tentang Kebangkitan Dari Timur Dalam Jadual Allah Era Kasih Sayang.   

Tuhan telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul- Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Tuhan untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul. Maka diceritakanlah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah:

Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit (Zaman Fitnah). Berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Kemudian berlakulah zaman penindasan dan penzaliman (Zaman Diktator) dan berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlaku pula Zaman Kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s.) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.” (Riwayat Ahmad)

Setelah beratus-ratus tahun Melaka di jajah,  Laksmana Hang Tuah masih berhubung dengan keturunannya. Antara yang menjadi pengetahuan ramai ialah Allahyarham Datuk Meor Rahman.


Ketika keluar berburu bersama-sama dengan enam orang rakannya di dalam hutan belantara di Menam(di sempadan antara Siam dan Tanah Melayu), sekonyong-konyong dengan takdir Tuhan hujan ribut telah turun disertai dengan kilat petir sabung-menyabung. Serentak dengan itu kawan-kawan beliau yang seramai enam orang tadi telah terpisah dengannya dan tidak kelihatan lagi. Keadaan itu berlaku hingga hampir ke tengah hari. Setelah keadaan pulih seperti sediakala, Meor Abdul Rahman menyedari bahawa dirinya tinggal bersendirian sahaja di hutan belantara itu. Beliau lalu meneruskan perjalanannya dengan merayau-rayau tanpa mengetahui arah yang hendak dituju, sehinggalah ke petang hari. Dalam keadaan diri yang sangat letih serta kebingungan, beliau mengambil keputusan untuk berehat lalu terlelap di atas suatu batu hampar berwarna hitam selebar kira-kira satu rantai.

Dalam keadaan antara tidur dan jaga, tiba-tiba muncul bayang-bayang lembaga seorang manusia yang berpakaian persis seorang hulubalang Melayu zaman dahulu, dengan dipinggangnya tersisip sebilah keris. Lembaga tersebut lalu berkata,
"Kamu janganlah berasa bimbang dan takut. Kamu akan kami penuhkan lagi diri kamu dengan ilmu-ilmu pertahanan dalam Ilmu Kepahlawanan."
Dalam keadaan diri antara sedar dan tidak, Meor Abdul Rahman pun diajar dengan berbagai ilmu kependekaran zahir dan batin. Hang Tuah telah mencurahkan segala rahsia ilmu Silat Seni Gayong dan mempertahankan diri kepada beliau. Selepas beliau melalui pelbagai ujian dan cubaan, beliau telah dibawa ke sebatang anak sungai yang berdekatan dan dimandikan dengan tujuan mengkhatamkannya. Di sanalah Meor Abdul Rahman diamanahkan supaya ilmu yang telah dipelajarinya (Seni Gayong), diperkembangkan dengan seluas-luasnya di dalam negera ini dengan mengikut adat-istiadatnya yang tertentu. Pada saat-saat itu juga, lembaga itu memperkenalkan dirinya dengan mengatakan bahawa beliau ialah Datuk Laksamana Hang Tuah.
"Akulah Laksamana Hang Tuah, hulubalang Raja Melaka. Aku berkhalwat di sini. Aku penjaga di sini."
Hang Tuah akhirnya meminta Meor Abdul Rahman mengangakan mulut lalu, diludahkannya ke dalam mulut Meor Abdul Rahman, sebagai tanda sempurnalah sudah pengkhataman beliau.
Hang Tuah juga mendakwa bahawa Meor Abdul Rahman adalah orang yang paling gagah dan tiada orang lain yang dapat menewaskannya selagi ia patuh kepada pantang-larang tertentu.
Maklumat lanjut seterusnya...

Zaman penindasan dan penzaliman (Zaman Diktator)

Pada 31 Ogos 1957 Malaysia telah mendapat kemerdekaan.   Bermulanya Sistem Demokrasi berparlimen di Malaysia.  

Parti UMNO sebagai mewakili orang Melayu pada peringkat awalnya.   Selepas itu pelbagai parti2 politik dari pelbagai kaum ditubuhkan.  

Uniknya, pada tahun 1968 satu Jemaah yang di asaskan oleh Abuya Ashaari telah di tubuhkan dengan nama Al-Arqam.  Tidak terlibat dengan dengan sistem politik.


Pada 13 Mei 2010 Abuya telah ghaib, untuk menyambung tugasnya untuk mengiringi Iman Mahdi turun ke alam bumi.


Ibnu Masud RA meriwayatkan bahawa,

“Kami mendatangi Rasulullah SAW dan baginda keluar dengan membawa berita gembira, dan kegembiraan itu terbayang pada wajahnya. Kami bertanya kepada baginda perkara yang menggembirakan itu dan kami tidak sabar untuk mendengarnya. Tiba-tiba datanglah sekumpulan anak-anak muda Bani Hasyim yang di antaranya adalah al-Hasan dan al-Husain RA. Apabila terpandangkan mereka, tiba-tiba kedua-dua mata baginda berlinangan lalu kami pun bertanya, “Wahai Rasulullah, kami melihat sesuatu yang kami tidak sukai pada wajahmu.” Baginda menjawab, “Kami Ahlulbait, telah Allah pilih akhirat kami lebih dari dunia kami. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehingga datanglah Panji-panji Hitam dari Timur. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kejayaan. Sesiapa di antara kamu atau keturunan kamu yang hidup pada masa itu, datangilah Imam yang dari ahli keluargaku walau terpaksa merangkak di atas salji. Sungguh, mereka adalah pembawa Panji-panji yang mendapat hidayah. Mereka akan menyerahkannya kepada seorang lelaki dari ahli keluargaku yang namanya seperti namaku, dan nama bapanya seperti nama bapaku. Dia akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan dan kesaksamaan.”
(Abu Daud, At-Tarmizi, Al-Hakim, Ibnu Hibban, Ibnu Majah, Abus Syeikh, Ibnu Adi, Abu Dhabi, Ibnu Asakir & Abu Nuaim)

Pemuda Bani Tamim juga disebutkan menerima ujian yang sangat berat dan tugas yang sangat besar, mengikut tahap yang telah disebutkan oleh hadis, berjumlah tujuh tahap. Kesukaran antara setiap tahap itu adalah berbeza-beza. Tahap berikutnya adalah jauh lebih berat daripada tahap-tahap yang telah dilalui sebelumnya. Ketujuh-tujuh tahap yang disebutkan oleh hadis itu adalah;

1.   Mereka meminta kebaikan. 

Maksudnya mereka menyeru manusia kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, iaitu Islam yang diasaskan pada tiga ilmu yang fardhu (tauhid, fekah dan tasawuf) sehingga manusia menjadi baik zahir dan batinnya. Itulah yang dimaksudkan dengan kebaikan di sini. Juga boleh dimaksudkan dengan beliau membina jemaah Islamnya sendiri sehingga menjadi sebuah jemaah yang besar dan hebat, sebuah jemaah yang mampu menzahirkan kebenaran, bukan semata-mata mampu memperkatakannya. Dari sini beliau mendirikan sebuah kerajaan dalam kerajaan, iaitu kerajaan Islam bayangan. Apabila mendapat kuasa kelak, bentuk itulah yang akan diperluaskan ke seluruh negara dan kawasan serantau, seterusnya ke seluruh dunia. Islam mereka adalah Islam praktikal, bukan Islam teori. Maksudnya ialah Islam yang hidup dalam dunia nyata, bukan sekadar Islam tempel atau Islam kulit. Islam itu adalah Islam yang menyeimbangkan antara syariat zahir dengan syariat batin, melalui rasa bertuhan yang tinggi. Juga Islam yang menyeimbangkan antara keperluan dunia dengan keutamaan akhirat. Maksudnya setiap yang mereka buat adalah untuk akhirat, tetapi dunia yang tidak sia-sia tetap dibuat, dengan niat untuk akhirat. Tamadun akhirat menjadi keutamaan bagi mereka, dan sebagai hasilnya tamadun dunia akan terbina dengan sendirinya tanpa perlu bersusah-susah memikirkan mengenainya. Itulah sebahagian kecil erti mereka meminta kebaikan seperti yang disebutkan oleh hadis Nabi SAW.

2.Tidak diberikannya. 

Nya di sini menunjukkan seorang atau sekumpulan orang, tidak melibatkan orang lain atau pihak lain. Dan Nya yang dimaksudkan bukanlah orang atau sekumpulan orang yang biasa, melainkan orang atau orang-orang yang mempunyai kuasa atau ilmu atau cantuman kedua-duanya sekali. Jika orang biasa, mustahil mereka dapat menghalang usaha dakwah yang memang sentiasa mampu menarik manusia kembali kepada ajaran Islam sebenar itu.
Maka orang inilah atau kumpulan inilah yang berusaha keras menentang usaha-usaha dakwah Pemuda Bani Tamim, sehingga mereka sanggup menyeksa dan memperlakukannya sedemikian kejam sedangkan mereka sendiri tiada bukti dan alasan untuk memperlakukannya demikian. Namun, itulah kehendak Allah SWT seperti yang tersurat di dalam takdir-Nya. Dan hal ini memang telah pun berlaku dan sekali gus membenarkan apa yang disabdakan oleh baginda SAW.
Mereka ini pula datang dengan berbagai-bagai rupa dan cara. Ada yang berbentuk pemerintah sebenar, yang menggunakan kaedah kuku besi untuk menindas perjuangan suci ini. Ada yang berupa orang baik lagi bersih tetapi mendalangi perbuatannya pada orang lain, iaitu berselindung di balik nama orang lain. Dialah dalang sebenar dan terbesar, kerana ada niat tersembunyi dan besar. Ada yang berupa orang alim dalam hal ehwal agama, iaitu menggunakan agama sebagai alat untuk membunuh usaha dakwah berkenaan. Ada yang berupa pihak penyampai, iaitu menggunakan media mereka sebagai alat untuk menabur fitnah dan berita bohong mengenai keburukan Pemuda Bani Tamim dan perjuangannya itu.


3.    Mereka pun berjuang.

 Berjuang di sini bukan bermaksud berjuang dengan pedang atau senjata moden yang lain. Islam tidak akan dapat ditegakkan oleh sesiapa pun dengan menggunakan senjata pedang semata-mata. Belum pernah lagi terjadi dalam sejarah, ajaran Islam dapat ditegakkan semata-mata dengan pedang, iaitu memaksa-maksa orang lain menerima Islam. Sebenarnya ada senjata yang lebih berkuasa dan lebih tajam dari pedang iaitu dakwah yang berhikmah dan bi lisanul hal. Maksud berjuang juga adalah berjuang memperbaiki diri dan ibadat kepada Allah SWT sambil berusaha bersungguh-sungguh meninggalkan setiap yang boleh mendatangkan dosa sehingga menghijab hubungan antara mereka dengan Allah. Mereka takut dikeranakan dosa mereka itu, perjuangan mereka tidak dibantu oleh Allah lalu mereka Allah biar dikalahkan oleh musuh-musuh mereka.

4.   Mereka memperoleh kejayaan. 

Hasil mujahadah nafsu dan muhasabah dosa mereka itu, Allah berkenan membantu mereka sehingga perjuangan mereka itu berjaya. Berjaya di sini dimaksudkan dengan berjaya mengalahkan nafsu jahat mereka sendiri sehingga nafsu mereka dapat ditundukkan kepada Allah, berjaya mencapai taraf soleh dan solehah malah ada yang menjadi wali Allah, sangat berjaya dalam setiap bidang yang diceburi, berjaya membina tamadun mereka yang tersendiri, dan berjaya mengajak masyarakat agar kembali kepada Allah dan mengamalkan ajaran agama Islam yang sebenar dalam diri masing-masing. Pemimpinnya iaitu Syuaib bin Saleh berjaya menyiapkan seluruh jentera pentadbiran awal yang bakal diserahkannya kepada Imam Mahdi kelak. Sebahagian jentera pentadbiran awalnya ini akan dikekalkan di bawah pentadbirannya sendiri dan sebahagiannya lagi akan berkhidmat untuk Imam Mahdi. Semuanya dipilih dan ditentukan oleh Allah SWT sendiri, diilhamkan kepada Imam Mahdi dan Imam Mahdi pula menyampaikannya kepada Syuaib bin Saleh. Melalui arahan itulah Syuaib bin Saleh memilih dan melantik barisan kepemimpinannya. Kedudukan mereka dalam pentadbiran adalah berdasarkan taraf takwanya kepada Allah SWT, bukan semata-mata ilmu yang tinggi atau amal yang banyak siang malam, dan jauh sekali melalui pengalaman berpolitik sebelum ini. Semakin tinggi takwa mereka kepada Allah, semakin tinggilah kedudukan yang akan Allah serah kepadanya untuk membantu menguruskan seluruh umat Islam ini. Semua masalah yang selama ini amat kronik, berjaya disembuhkan, kerana adanya pertolongan terus daripada Allah yang didatangkan melalui tangan-tangan mereka yang bertakwa ini. Mereka juga berjaya kerana pada masa inilah semua orang sudahpun mengetahui siapa sebenarnya peribadi yang disebutkan sebagai Pemuda Bani Tamim atau Syuaib bin Saleh itu. Orang ramai juga sudahpun mengetahui siapa peribadi sebenar yang bakal menjadi Imam Mahdi itu. Itulah antara maksud hadis dengan memperoleh kejayaan.

No comments:

Post a Comment