Menerima Anugerah dari Almarhum Bonda Tunku Bariah
Program Kasih Sayang peringkat ASEAN
Berjaya menyiapkan Maahad Tahfiz Al-Quran Tengku Ampuan Bariah,
Kuala Terengganu
Sedikit maklumat ringkas berhubung Maahad Tahfiz Al-Quran Tengku Ampuan Bariah, Kuala Terengganu
Merupakan sebuah pusat pengajian Al-Quran dan fardhu Ain. Ia merupakan wakaf Almarhumah Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Bariah yang telah mangkat pada 21 Mach 2011.
Merupakan sebuah pusat pengajian Al-Quran dan fardhu Ain. Ia merupakan wakaf Almarhumah Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Bariah yang telah mangkat pada 21 Mach 2011.
Merealisasikan Falsafah Pendidikan Islam di samping melahirkan para huffaz yang berketrampilan dalam semua bidang.
Misi MTTAB
Melahirkan para huffaz yang mahir isi kandungan al-Quran, berilmu, beramal dan bertakwa dan efisyen tentang isi kandungan al-Quran serta dapat merealisasikan dalam masyarakat.
Objektif penubuhan
Untuk menyediakan kemudahan mengkaji al-Quran dan mempelajari Ulum al-Quran.
Untuk menghidupkan kembali Ulum Al-Quran dan memperdekatkan Ulum Al-Quran kepada masyarakat.
Untuk melahirkan ulama hafiz yang:
Mampu memahami isi kandungan al-Quran dan menjadi rujukan masyarakat.
Memelihara isi kandungan al-Quran dan keaslian bacaannya dari sebarang penyelewengan.
Mempunyai ilmu pengetahuan, beramal soleh, bertakwa kepada Allah s.w.t. dan berakhlak mulia.
Untuk menghidupkan kembali Ulum Al-Quran dan memperdekatkan Ulum Al-Quran kepada masyarakat.
Untuk melahirkan ulama hafiz yang:
Mampu memahami isi kandungan al-Quran dan menjadi rujukan masyarakat.
Memelihara isi kandungan al-Quran dan keaslian bacaannya dari sebarang penyelewengan.
Mempunyai ilmu pengetahuan, beramal soleh, bertakwa kepada Allah s.w.t. dan berakhlak mulia.
Baginda merupakan Tengku Ampuan Besar Terengganu antara 1979-1998. Almarhumah diputerikan pada tanggal 31 Ogos 1933, di Istana Besar Klang dengan memakai gelaran Tengku Bariah bt. Sultan Hisamuddin Shah. Almarhumah berkahwin dengan Sultan Mahmud pada 22 Mac 1952 dengan gelaran Tengku Puan Muda. Pada 20 September 1979 , almarhumah dimahkotakan sebagai Tengku Ampuan Besar. Almarhumah juga merupakan bonda saudara kepada DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Shah dan adik- beradik seibu dan sebapa dengan DYTM Raja Puan Muda Kedah Tunku Sharifah Raudhah.
Almarhum kemudian dikurnia gelaran Tengku Puan Muda oleh Duli Yang Maha Mulia Almarhum Tuanku Al-Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 7 April 1954 dan dilantik menjadi Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Besar Terengganu pada 20 September 1979.

Seluruh rakyat berkongsi kesedihan bersama pihak kerabat diatas kemangkatan armahurmah . Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada-Nya jua kita akan kembali.

Jenazah bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Ampuan Bariah Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah selamat disemadikan di Makam Diraja Masjid Al Muktafibillah Shah, Ladang, di sini, selepas solat Asar dengan penuh penghormatan diraja,
Apa yang ingin penulis fokuskan kali ini ialah, Abuya pernah berkata kebangkitan Islam kali kedua yang bertapak di Malaysia ini akan diterajui oleh Kesultanan Melayu Islam, dan sejarah telah memaparkan bahawa sultan-sultan melayu asli sangat ada hubungan dengan kebangkitan Islam satu ketika dahulu. Malah sebagai contoh, Almarhum Sultan Selangor Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj sendiri membawa masuk seorang ulama besar, dan atas nama kerajaan negeri Selangor membina sekolah agama dan dinamakan sempena nama baginda Sultan. Ini adalah satu bukti yang akan membenarkan kebangkitan Islam di Malaysia akan diterajui oleh Sultan-sultan tak lama lagi.
Para penjajah barat atau tali barut yahudi sangat tahu hal ini, dan mereka berusaha menutupnya, malah dirosakkan kehidupan dan pendidikan kerabat diraja supaya tidak berlaku kebangkiyan yang Allah janjikan. Namun kuasa Allah mengatasi segalanya, Allah lebih berkuasa diatas tipu daya dan helah musuh-Nya. Perancangan Allah berjalan atas tipu helah musuh Islam, hinggakan musuh merasakan berjaya menguasai seluruhnya.
Kini suara raja-raja melayu bergema semula. Setelah politik benar-benar melihatkan hasilnya yang sangat busuk dan jijik, hingga cendikiawan tidak lagi mengeluarkan kata-kata yang bernas malah ahli politik bercakap seperti tidak menggunakan akal yang sihat dan waras, suara raja-raja menjadi perhatian dan tumpuan.
Generasi raja-raja baru yang ada sudah mempunya kredibliti dan wibawa yang kuat, juga sangat memberi kesan dalam kehidupan rakyat. Jika ada raja-raja yang belum berubah, mereka akan turut sama malu dan terkesan dengan perubahan yang ada.
Jika tidak mahu berubah Allah akan gantikan dengan yang lebih baik lagi, kerana inilah masanya Allah akan membenarkan perancangan-Nya untuk agama Islam tercinta, untuk umat manusia.
Ujian dan cabaran hidup yang menimpa manusia khususnya rakyat Malaysia membuatkan hati-hati dan jiwa merintihkan agar didatangkan penyelamat manusia. Duit bukan lagi penyelesai masalah, harta yang banyak semakin menyusahkan, kesenangan yang dikejar bukan sumber bahagia, lalu hati manusia tetaplah kekosongan dan menderita. Itu tandanya Allah akan datangkan penyelamat kepada dunia. Barulah berharga dan bernilainya penyelamat itu, bilamana kedatangannya ditunggu setiap masa dan manusia di seluruh dunia.
Rasulullah SAW bersabda:
“Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka ber-lakulah Zaman Kenabian itu sebagaimana yang ALLAH kehendaki. Kemudian ALLAH mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulata’ ur Rasyidin) yang berjalan seperti Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu, sebagaimana yang ALLAH kehendaki. Kemudian ALLAH mengangkatnya lalu berlakulah Zaman Pemerintahan yang menggigit (Zaman Fitnah). Berlakulah zaman itu sepertimana yang ALLAH kehendaki. Kemudian ALLAH mengangkatnya pula. Kemudian berlakulah zaman penindasan dan penzaliman (pemerintahan diktator) dan berlakulah zaman itu sepertimana yang ALLAH kehendaki. Kemudian berlaku pula Zaman Kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.” Kemudian baginda diam.
(Riwayat Ahmad).
Sekarang ini 60 tahun Malaysia Merdeka perkara itu sama ada positif ataupun negatif sudah terjadi. Ertinya, kita cukup yakin bahawa selepas ini, mana-mana jadual yang belum berlaku itu, pasti akan terjadi dan berlaku bila tiba masanya.

Sekarang ini 60 tahun Malaysia Merdeka perkara itu sama ada positif ataupun negatif sudah terjadi. Ertinya, kita cukup yakin bahawa selepas ini, mana-mana jadual yang belum berlaku itu, pasti akan terjadi dan berlaku bila tiba masanya.
No comments:
Post a Comment