"‘WAWASAN 2020 GAGAL SEBAB TUN M SENDIRI’"
- Komen Tun Musa Hitam .
Saya kesempatan ini mengambil peluang dengan semua untuk
kongsi pandangan berhubung dengan Wawasan 2020 semoga
dengan Rahmat Kasih Sayang Allah memberi Petunjuk Kebenaran.
OBJEKTIF WAWASAN 2020
Beliau menegaskan bahawa matlamat pembangunan Negara ialah menjadikan Malaysia “..
SEBAGAI SEBUAH NEGARA INDUSTRI”
dan
“... PEMBENTUKAN SEBUAH NEGARA MALAYSIA YANG BENAR-BENAR MAJU MENJELANG TAHUN 2020 ... MENURUT ACUAN KITA SENDIRI ...”.
1. Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama. ~Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya, secara adil dan didokong oleh satu bangsa Malaysia.
2. Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri ~berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah.
8. 3. Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia. ~mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa negara membangun.
4. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika ~warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh nilai etika yang paling tinggi.
5. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur ~rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan, dan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.
6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif ~masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan, bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan.
7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi ~iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri
8. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. ~Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama
9. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.
Harapan
Kita harus menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju yang mempunyai kualiti hidup yang tinggi. Malaysia harus mempelajari kekuatan dan mengenali kelemahan negara-negara maju yang lain.
WAWASAN 2020 tidak meminta Malaysia menjadi negara barat tetapi sebuah negara baru dan lebih mantap dalam semua aspek kehidupan.
Maklumat lanjut ...Wawasan 2020
Oktober-2015
Malaysia Akan Gagal Capai Wawasan 2020 - Tun Mahathir
Bekas perdana menteri itu mendakwa kegagalan Malaysia dilihat akan gagal untuk mencapai status negara maju pada tahun 2020 disebabkan setiap Perdana Menteri memainkan isu-isu lain dan tidak memberi perhatian kepada pertumbuhan ekonomi negara .
Ini komen Tun Mahathir:
"Negara ini telah berkembang di bawah saya, hampir sepanjang masa.Tun Mahathir memperkenalkan konsep Wawasan 2020 semasa pembentangan Rancangan Malaysia Keenam pada tahun 1991. Ia bertujuan untuk Malaysia mampu menjadi sebuah negara perindustrian pada tahun itu.
"Terdapat kemerosotan. Tetapi (kemudian) negara ini terbantut kerana pengendalian yang tidak betul, kerana tumpuan tidak begitu banyak kepada pembangunan ekonomi, tetapi survival politik," katanya.
"Setiap Perdana Menteri mahu terus bertahan, dan mereka yakin mereka akan terus hidup dengan memainkan isu-isu lain daripada menumpukan kepada pembangunan ekonomi. Oleh itu pertumbuhan menjadi perlahan.
"Dan apabila terdapat ketegangan kaum, pentadbiran yang tidak baik, rasuah, dan sebagainya, ekonomi menguncup. Oleh itu, kami tidak akan mencapai Wawasan 2020 untuk menjadi sebuah negara maju sepenuhnya.
"Kami tidak akan mencapainya sekarang. Anda boleh lihat penyusutan mata wang, pasaran saham berada dalam keadaan tidak baik, secara amnya ramai orang tidak berpuas hati,"
21.2.2016
'Wawasan 2020 gagal kerana Tun Mahathir sendiri' - Musa Hitam
KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam meramalkan Wawasan 2020 akan gagal dan menyalahkan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut Musa, Dr Mahathir lupa bahawa jika Wawasan 2020 mahu dijayakan beliau perlu melatih pemimpin di semua peringkat terutamanya pemimpin politik.
“Adalah ironik Wawasan 2020 pasti gagal kerana Dr Mahathir sendiri. Sebijak mana pun beliau, Dr Mahathir lupa bahawa untuk berjaya beliau perlu melatih pemimpin dari semua peringkat terutamanya di kalangan pemimpin politik.
Namun, Musa berpendapat rekod kepimpinan Dr Mahathir mempamerkan bekas Perdana Menteri Malaysia tersebut telah menyingkirkan ramai pemimpin berpotensi ketika beliau memegang tampuk pemerintahan negara.
"Dr Mahathir telah menyingkir kelompok pemimpin berpotensi seorang demi seorang dan berkumpulan ... dan hanya mengekalkan pengikut yang setia.
"Pengikut ini dilatih untuk berdedikasi dan setia kepada sesiapa yang duduk di bahagian paling atas. Prinsip itu mudah sahaja ... mereka hanya perlu setia jika mahu terus 'hidup',” kata Musa yang pernah memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dari tahun 1981 hingga 1986.
Musa berkata demikian dalam ucapannya di majlis memperingati ulang tahun ke-113 Perdana Menteri Pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman, yang dianjurkan oleh Institut Hal Ehwal Demokrasi Dan Ekonomi (IDEAS) pada Sabtu.
Musa turut menzahirkan kekecewaannya dengan situasi politik dalam negara masa ini.
Musa berkata matlamat Malaysia ke arah Wawasan 2020 yang hanya tinggal empat tahun lagi berada di ambang kegagalan.
Wawasan 2020 diumumkan oleh Dr Mahathir ketika membentangkan Rancangan Malaysia Keenam pada tahun 1991 yang bermatlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju.
Jun lalu, Dr Mahathir menjangkakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mampu mencapai Wawasan 2020 kerana menumpukan kepada pendapatan per kapita untuk mengukur pembangunan.
Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak dalam blognya berkata Wawasan 2020 mustahil untuk dicapai kerana Dr Mahathir gagal mengambil kira krisis kewangan apabila mencetuskan idea itu.
Menurut Salleh, kesilapan (Dr Mahathir) dalam menangani perkara itu membuatkan Wawasan 2020 mustahil direalisasikan.
No comments:
Post a Comment